Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

Sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020, Apa Nasib Pemain Industri Hiburan?

Ramai sudah tahu logo kempen Melawat Malaysia 2020.

Pada majlis pelancaran logo tersebut pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) turut menyatakan sasaran kita kali ini mahu mencapai 30 juta pelancong dengan jumlah pelancong berbelanja sebanyak RM100 bilion.

Jika dikait dengan industri hiburan pula, bagaimana pemain industri dengan kerajaan saling bekerjasama dalam menjalankan promosi untuk tarik minat pelancong asing ke negara ini.

Mungkin tidak ramai yang tahu, pelancong asing juga mudah tertarik ke sini menerusi bahan hiburan tempatan yang ditonton seperti filem mahupun drama atau video pendek.

Selain plot yang menghiburkan, lokasi penggambaran menarik yang dipertontonkan menerusi filem, drama atau video pendek yang dihasilkan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Namun, persoalan penting yang ingin dibangkitkan adalah bagaimana kerajaan kita sendiri dapat membantu pembikin filem atau drama menerbitkan karya yang boleh kita semua banggakan.

Seorang pengarah filem terkenal mendedahkan kos bayaran sewa untuk produksi tempatan melakukan penggambaran di lokasi awam khusus kawasan tumpuan pelancong masih mahal.

Jelasnya, kawasan popular seperti Dataran Merdeka dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.

Beliau sendiri tertanya-tanya soal bayaran tersebut yang dianggap gila. Malah, beliau menggesa agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tampil membantu.

“Begitu juga Putrajaya. Macam ini ke nak bantu produksi tempatan?,” katanya. 

Malaysia menyasarkan 30 juta pelancong dengan jumlah pelancong berbelanja sebanyak RM100 bilion.

Ada dakwaan mengatakan pelajar pula dikenakan bayaran antara RM400 sehingga RM800 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menggunakan kawasan awam sebagai lokasi penggambaran projek mereka.

Dalam mencari jalan penyelesaian, seorang lagi pengarah filem mengesyorkan agar Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) sentiasa mengadakan perbincangan dengan PBT dalam usaha memudahkan pengarah sebagai ahli persatuan itu berkerja.

“Sedangkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dari FINAS, kita bayar pada FINAS. Takkan FINAS tak boleh bantu urusan produksi,” katanya.

Seorang lagi pengarah drama terkenal berpandangan produksi luar negara yang datang ke sini melakukan penggambaran dilayan seperti raja sebaliknya produksi tempatan mendapat layanan macam sampah.

Beliau juga berkongsi pengalaman pernah dihalau pengawal keselamatan bangunan pusat membeli belah KLCC gara-gara mengambil syot dari jauh.

Bukan Tanggungjawab FINAS?

Penggiat seni menganggap FINAS sebagai payung industri yang berupaya membantu nasib mereka.

Selain FINAS dan FDAM yang diharapkan membantu penggiat seni dalam menyelesaikan isu ini, ada juga pengarah drama berpandangan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) perlu lebih main peranan.

Dalam banyak isu yang membelenggu penggiat seni, produser tempatan dibantu FINAS sepatutnya mendesak stesen TV agar menaikkan harga pembelian program TV.

“5 tahun lalu semasa stesen-stesen TV bagi arahan supaya naik kualiti program dari Definisi Standard (SD) ke Definisi Tinggi (HD), PTVM buat tak kisah langsung.

“Sepatutnya terus runding harga baru kerana spesifikasi sudah berlainan dari asal.

“Kedai mamak pun pandai bezakan spesifikasi kualiti teh O dan teh susu dengan caj harga berbeza,” katanya.

  • Kafebuzz.my 



Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino