Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

KARYAWAN Teruskan Perjuangan Seni

Perjuangan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) tetap diteruskan.

Usaha mereka membantu penggiat seni memang tiada nokhtah.

Jika diimbas kembali pencapaian KARYAWAN yang ditubuhkan sejak tahun 2000 memang banyak antaranya mereka satu-satunya persatuan hiburan yang mewujudkan Skim Pencen pada artis veteran.

Bagaimanapun, pemberian sumbangan sebanyak RM500 kepada 22 artis veteran itu terpaksa dihentikan sejak penghujung tahun 2010 akibat persatuan itu tidak mempunyai dana yang mencukupi.

KARYAWAN juga membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tempatan selepas dimasukkan dalam program Padu Citra di bawah Akta FINAS. (Baca lagi: Tahniah Persatuan Karyawan Malaysia Kini Bersama Padu Citra FINAS!)

Freddie (kanan, duduk) bersama AJK dan ahli Biro Buskers OKU Kelihatan. (Foto: Frederick Fernandez – Facebook)

Baru-baru ini, KARYAWAN terus menjalankan aktiviti seni mereka apabila membantu golongan kurang upaya (OKU).

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez memaklumkan KARYAWAN menubuhkan Biro Buskers OKU Kelihatan dan melantik tiga indvidu golongan istimewa itu sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) biro tersebut.

Usaha KARYAWAN membantu pelbagai golongan anak seni tempatan sebenarnya bukan perkara baru tetapi adanya biro seperti ini, ianya lebih mudah dalam ahli-ahli untuk berinteraksi dan menguruskan aktiviti mereka bersama pada masa akan datang.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino