Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

[Food Review] Pernah Rasa Teh Ais Paling ‘Mahal’?

Ada apa dengan RM4.40?

Bagi mereka yang berduit, jumlah tersebut dianggap kecil dan tidak kisah pun untuk berbelanja.

Namun, apa komen anda jika menikmati segelas teh ais dengan harga itu?

Ia bukanlah teh ais meleleh yang menjadi viral di pasar malam mahupun media sosial. Sebaliknya, ia hanyalah teh ais biasa!

Antara dekorasi menarik yang dihiasi dalam sebuah kafe di Putrajaya. (Foto: Kafebuzz)

Mungkin harganya sebegitu kerana ia dijual di kawasan yang dianggap elit iaitu di Putrajaya.

Penulis berkesempatan merasai ‘air istimewa’ itu di sebuah kafe yang boleh digelar ala-ala hispter dan serba moden.

Dekorasi yang cantik dengan lampu neon, hiasan pokok atas meja kayu dan bantal besar untuk bersandar ketika duduk boleh membuat pelanggan syok untuk lepak lama.

Jangan terkejut jika anda terpaksa membayar RM4.40 hanya untuk segelas teh ais. (Foto: Kafebuzz)

Ada menu kopi tapi jelas pelayan yang mengambil pesanan, mereka belum ada jenis kopi istimewa untuk dijadikan ‘signature’ kafe itu.

Perlu ingat, minuman menjadi ‘senjata’ penting untuk pikat hati pelanggan selain makanan.

Jadi, bagaimana pula teh ais biasa yang mempunyai rasa yang sama dengan restoran lain tetapi mengenakan caj berbeza?

Dekorasi ala hipster boleh menarik perhatian orang ramai untuk singgah tapi faktor harga perlu diberi ketelitian. (Foto: Kafebuzz)

Sebelum ini banyak restoran atau bisnes makanan orang Melayu gulung tikar gara-gara faktor harga.

Bukan soal pelanggan tidak mampu bayar harga mahal untuk segelas teh ais tetapi biarlah kualitinya setimpal dengan harga.

Mana lebih baik jika pelanggan datang berulang kali atau hanya sekali saja. (Foto: Kafebuzz)

Tak rugi pun sebenarnya untuk berniaga pada harga standard asalkan ramai pelanggan datang dan paling bermakna, jika pelanggan itu datang lagi dan lagi.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino