Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

Peluang Berlakon Filem Aksi Terhebat 2019

Anda minat berlakon?

Bagi mereka yang pernah berlakon mahupun mahu mencuba nasib sebagai pelakon, boleh hadir pada sesi uji bakat filem terbaru berjudul, Coast Guard.

Filem pertama terbitan Arie Zaharie Production bersama Flying Deal Sdn Bhd dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) ini baru saja diumumkan kepada khalayak dan ia akan diarahkan Hashim Rejab.

Tampil dengan genre aksi, filem ini mengisahkan kehidupan dan cabaran yang dilalui pegawai MARITIM ketika bertugas di lautan.

Berita baik, pasukan produksi sedang mencari pelakon tambahan untuk membintangi filem ini.

Antara syarat yang diminta, ia terbuka pada mereka yang berusia 22 hingga 50 tahun berbilang bangsa.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib dalam filem terbaru, Coast Guard.

Penggambaran dijangka mengambil lokasi di sekitar Pulau Langkawi, Perlis dan Pahang.

Mereka yang ada pengalaman berlakon dan seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan untuk datang ke uji bakat kali ini.

Mana tau rezeki anda untuk terpilih membintangi filem ini.

Mungkin anda juga ada babak dengan salah seorang pelakon utamanya, Saharul Ridzwan dan Emma Maembong.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino