Last Updated: 17/11/2019 - 2:31 AM

Jaden Smith Sambut Hari Lahir Bersama I Love You Restaurant

Pada usia 21 tahun, apa yang ingin anda lakukan jika kaya?

Zaman remaja sudah tentu ramai yang memilih untuk berhibur dengan rakan-rakan mahupun membeli pelbagai barangan mewah seperti kereta untuk dijadikan koleksi peribadi.

Bagaimanapun, tanggapan peminat terhadap anak pelakon terkenal Hollywood, Will Smith sebaliknya memilih kekayaan yang diperolehinya dengan memberi makanan percuma kepada golongan yang memerlukan.

Tindakan Jaden Smith itu nyata menarik perhatian khalayak yang kagum dengan sifat pemurahnya.

Menurut video yang dimuat naik menerusi CBS News, Jaden menggunakan kenderaan ‘food truck’ yang diberi nama I Love You Restaurant untuk mengagihkan makanan kepada orang ramai.

Berbanding rakan sebayanya yang suka berfoya, Jaden merealisasikan impiannya itu ketika menyambut hari lahir ke-21.

Menariknya, dia bukan hanya memberi makanan tapi memastikan makanan yang diberikan berkhasiat untuk mereka yang menerimanya.

Dia muncul dengan trak tersebut di Downtown, Los Angeles pada 8 Julai lalu iaitu pada sambutan tarikh hari lahirnya.

Mungkin sikap Jaden boleh dicontohi artis remaja di Malaysia yang berfikir bagaimana melakukan sesesuatu untuk masyarakat.

  • Kafebuzz.my

(Foto: c.syresmith – Instagram)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino