Last Updated: 03/08/2019 - 11:47 PM

Isu FDAM: “Sekarang Hala Tujunya Lari Habis” – U-Wei Saari

Apakah kesudahan kemelut Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM)?

Segelintir ahli persatuan itu terus mendesak agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku membabitkan pengurusan persatuan hiburan itu.

Persoalannya apakah tindakan AJK FDAM yang dipimpin Othman Hafsham ketika ini memang bermasalah sehingga membuatkan ramai ahli tidak berpuas hati.

Pengarah filem terkenal, U-Wei Saari mengakui memang banyak persoalan berlaku dalam FDAM selama ini.

“Memang banyak persoalan FDAM sebab sejujurnya, saya antara yang membentuknya. Kami empat orang dulu dan sekarang hala tujunya lari habis.

Anda cerita hala tuju tapi anda semua tidak ada maruah diri sebagai pengarah. Sebelum tentu hala tuju, kita tau maruah diri, siapa pengarah, siapa kita,” katanya dalam satu pertemuan bersama rakan-rakan ahli FDAM yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

U-Wei berkongsi pandangan terhadap isu FDAM bersama rakan-rakan ahli lain dalam
satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini. (Foto: Kafebuzz)

Sepertimana persatuan lain yang mempunyai mesej berkumpulan menerusi WhatsApp untuk berbincang sesama sendiri, begitu juga FDAM yang mempunyai dua kumpulan ahli iaitu FDAM (A) dan (AB).

Bagaimanapun, hubungan antara segelintir ahli FDAM dengan pengurusan persatuan ini bertambah panas selepas ahli-ahli terbabit dikeluarkan daripada mesej berkumpulan tersebut. (Baca lagi: Malam Makan Lemang, Esok Dapat Surat Tunjuk Sebab!)

Tindakan tersebut dilakukan sehari selepas ahli-ahli FDAM ini berkumpul untuk membincangkan agenda mengadakan EGM. (Baca lagi: Apa Ahli FDAM Buat Pada Malam 1 Julai 2019?)

Bagi U-Wei, apa yang berlaku dan dibincangkan ahli menerusi mesej berkumpulan di WhatsApp seolah menggambarkan nilai moral yang rendah.

Saya rumuskan apa yang saya baca dalam WhatsApp ‘group’, ia ‘very low’ dan saya tidak mahu masuk campur, ” katanya.

Beberapa ahli FDAM disingkirkan dari mesej berkumpulan WhatsApp sehari selepas pertemuan ini diadakan. (Foto: Ahmad Hashim)

Meskipun tindakan segelintir ahli FDAM berkenaan turut membabitkan rasa tidak puas hati terhadap salah seorang AJK tertinggi persatuan itu tapi isu FDAM di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu diselesaikan.

“Persoalan cuma satu orang, yang lain adalah mekanisma di mana tidak semua mekanisma kita perlu tahu tapi ‘yang atas’ mesti betul. Kalau masalah ROS, kita selesaikan masalah itu daripada mencari persoalannya.

“Perkara ini berlaku sebab mereka ini diundi dahulu. Mengapa mereka jadi undian kerana ada yang menjemput mereka tidak cukup, yang datang yang lazim.

“Pada awal tak betul, yang ini saya baru tahu. Bila ada pertemuan, ia cuma terpilih dan tidak menyeluruh. Saya segan pengarah berbilang kaum tapi saya nampak pengarah Melayu saja.

Ia bukan persoalan dengan stesen TV tapi masih dengan remeh temeh yang boleh diselesaikan. Jika tau masalahnya, selesaikan.

“Pada saya demokrasi di Malaysia terdapat di satu tempat saja iaitu di lantai dangdut,” katanya.

Apa yang diperkatakan pengarah filem kontroversi, Perempuan, Isteri dan… itu ada kebenarannya.

Kafebuzz sebelum ini pernah mendedahkan isu dan masalah dalaman yang selama ini berlaku dalam FDAM sejak ditubuhkan 28 tahun lalu. (Baca lagi: [Eksklusif] Logo FDAM Tidak Didaftar ROS, Pandangan Ahli Hanyalah Langau!)

Persoalan hingga kini, apakah Presiden bersama AJK FDAM kini bersetuju untuk menerima desakan ahli untuk mengadakan EGM atau mengambil tindakan sebaliknya? kita tunggu dan lihat.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino