Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

[Eksklusif] “Saya Buat Tatu Kerana Allah!” – Pengakuan Seorang Muslim Masih Bertatu

Fikir sejenak bagaimana seorang muslim tergamak membuat tatu dengan niat kerana Allah.

Memang sudah jelas, amalan melakukan tatu pada badan adalah haram bagi orang Islam. Namun, mengapa pula lelaki itu melakukan perbuatan tersebut kerana Allah.

Apakah dia sudah sesat mencari kehidupan yang sebenar atau hilang kewarasan diri sebagai manusia?

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan mendedahkan dia sanggup melakukan tatu meskipun tahu perkara itu adalah haram.

Saya buat dalam keadaan sedar dan bukan khayal. Saya tahu ia adalah dosa,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz.

Wan mengakui dia sanggup membuat tatu meskipun tahu ia adalah berdosa dalam Islam. (Foto: Kafebuzz)

Jelasnya, dia bersedia menanggung apa jua akibat selepas membuat tatu sehingga berdepan halangan untuk berkahwin.

“Mula-mula nak berkahwin, mak mentua tak bagi. Dia beritahu kalau nak berkawin dengan anaknya, saya perlu sentiasa tutup tatu tak kira mandi di sungai atau laut.

“Dia tidak mahu kontroversi pada mulut orang. Saya buat tatu kerana mahu kuatkan diri.

“Selama ini saya takut sakit. Jadi, untuk beranikan diri melawan sakit pada masa itu, saya buat,” katanya.

Tambahnya, dia tidak berbangga dengan tatu yang ada pada tangannya itu tetapi kini sudah bertaubat untuk tidak melakukan kejahatan.

“Macam-macam benda terjadi dan saya terus bertaubat. Saya tetap masuk ke masjid nak bersolat.

“Orang tanya, saya jawab memang haram, orang marah saya pun ‘blah’,” katanya yang membuat tatu dengan orang Melayu di Selayang, Kuala Lumpur.

Tatu membawa motif bunga mandala merujuk bunga kehidupan yang menceritakan manusia ada banyak jenis. (Foto: Kafebuzz)

Wan juga menjelaskan makna di sebalik tatu yang dicacah pada tangannya.

“Memang saya cari orang Melayu untuk buat tatu ini. Salah satu tatu ini membawa motif mandala iaitu bunga kehidupan yang menceritakan manusia ada banyak jenis.

“Satu lagi tatu merujuk pada simbol geometri bermaksud Allah mencipta dunia menggunakan geometri ini, kalau tidak ikut dunia akan terbalik dan tidak seimbang.

Saya buat tatu bukan kerana mengikut kawan tapi diri sendiri. Meskipun apa yang saya lakukan salah tapi mengikut hukum, saya juga tidak boleh buang tatu ini sebab ia akan memudaratkan kulit.

“Tutup saja kalau rasa orang kecam. Bila orang mula tengok, elok tutup,” katanya.

Wan menjelaskan tatu yang dicacah pada tangannya ini membawa motif geometri merujuk pada kehidupan yang diciptakan Allah. (Foto: Kafebuzz)

Sambungnya, kos asal membuat tatu adalah RM1,000 tapi dia dapat diskaun dan hanya membayar RM300.

“Nak buat makan masa berbulan-bulan. Memang sakit apatah lagi di bahagian geli sampaikan pedih macam ambil darah berulang kali.

“Isteri saya kata saya perlu tanggung sendiri dengan apa yang saya dah buat. Dahulu, saya jujur bila jumpa mak mentua.

“Dia marah anaknya sampaikan suruh putuskan hubungan tapi anaknya nak jugak berkahwin. Jadi, kami berbincang dan sekarang mak dia dah okay, tiada masalah sehingga pada setiap kali majlis, dia minta saya bacakan doa,” katanya.

Kini, Wan memberitahu dia memang sudah bertaubat dan melakukan solat 5 waktu. Dia berharap kisahnya ini menjadi pedoman pada muslim lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

“Perkara buruk saya tak nak ambil lagi. Perkara paling teruk berlaku pada saya bila orang tuduh saya murtad.

“Guru saya pun pernah cakap, itu ujian saya yang perlu saya terima iaitu kenapa orang letak saya pada peringkat murtad.

“Orang kata apa, saya layankan saja. Nak tak nak hidup perlu diteruskan, takkan nak bunuh diri lagipun Allah tak sayang, macamana nak kejar jadi kekasih Allah,” katanya pernah mengerjakan umrah sebelum buat tatu.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino