Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

[Siri 2] “Setiap Hari Kami Bawa Sampai Busuk Dan Berpeluh” – ‘Kuzi’ Gila-Gila Remaja

Rupanya tiga pelakon utama Gila-Gila Remaja adalah kawan rapat sejak zaman sekolah.

Ketiga pelakon iaitu Faizal Hussein (Azroy), Faisal Ahmad (Chal) dan Hamid Ali (Ravi) mempunyai banyak memori ketika zaman sekolah. (Baca lagi: [Siri 1] Di Sebalik Populariti Filem Gila-Gila Remaja, Kuzi Pernah Sorok Azroy Dalam Bilik Pengawas)

Sambung Chal lagi, ketika penggambaran filem tersebut, mereka baru berusia 18 tahun.

Saya dengan Faizal ada kumpulan breakdance dengan kawan lain tapi Hamid tiada. Kami selalu praktis, buat persembahan kat sekolah perempuan dan memang aktif menari.

“Selepas SPM, Faizal telefon dan ajak saya berlakon. Saya pun pergi ujibakat, baca dialog kemudian saya, Faizal dan Hamid diterima berlakon,” katanya.

Aksi lima sahabat karib berjaya mengangkat plot filem Gila-Gila Remaja diminati ramai penonton.

Tambah Chal, Datuk Rosyam Nor yang juga dua pupu dengan Faizal turut serta selepas uji bakat itu.

Bila berlakon tak jadi janggal lagi kerana kita dah kenal sebelum itu. Ia jadi ‘workable’ dan ‘make believe’ sebagai pelakon kawan satu kolej itu menjadi dan nampak ‘real’.

“Memang seronok masa penggambaran tapi arwah (Hussein Abu Hassan) dulu garang. Masa itu kami tiada pengalaman berlakon.

“Kadang-kadang pakai baju, esok tak bawa baju konti, mengamuk dia sampai nak baling batu pada semua.

“Jadi, esok kami bawa beg besar, segala baju yang berlakon dalam filem itu, setiap hari kami bawa sampai busuk dan berpeluh,” katanya.

Wajah terbaru Faisal Ahmad yang popular menerusi watak Kuzi dalam filem Gila-Gila Remaja. (Foto: Kafebuzz)

Akuinya, mereka memang nakal masa penggambaran sehingga terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

“Pada masa itu kami habis penggambaran di sebuah rumah di Sungai Wei dan mahu bergerak ke lokasi seterusnya di Giant, Kelana Jaya.

“Selalunya motosikal yang kami guna dalam filem itu akan dibawa budak prop dan kami naik kereta dengan arwah.

“Tapi pada hari itu, kami nak bawa sendiri dan dalam perjalanan saya bergesel dengan Hamid lalu kami kemalangan.

“Hamid pengsan manakala saya terbelah mata masuk kaca menyebabkan arwah marah dan selepas itu kami tak bawa lagi motosikal sendiri,” katanya.

Secara peribadi, Chal mengakui dia paling kagum pada plot filem ini yang ‘menjadi’ disebabkan keakraban pelakon yang berlakon dalam filem ini.

Chal juga memberitahu dia dengan Faizal adalah orang yang pertama menubuhkan kelab drama sekolah di Methodist Boy School (MBS) Sentul pada tahun 1984.

Posted by Faisal Chal Ahmad II on Ahad, 14 April 2019
Aksi tarian breakdance Kuzi antara babak menarik dalam filem Gila-Gila Remaja.

Seorang lagi pelakon filem ini iaitu Chin merupakan kawan produser. Meskipun Chal menyatakan ketika pengambaran perhubungan mereka tidak rapat dengan Chin tetapi mereka perlu menjiwai watak sebagai kawan karib dalam satu kumpulan yang sama.

Selepas populariti filem ini yang masih diminati ramai penonton sehingga kini, Chal juga menyimpan hasrat untuk menghasilkan sekuel filem ini.

“Sebenarnya ceritanya sudah ada ditulis kakak Faizal sendiri iaitu Dilla. Hasrat kami adalah mahu menghasilkan sekuel ini sebagai tribute kepada arwah (Hussein).

“Bagaimanapun, kami masih berusaha mencari mereka yang berminat untuk turut serta sebagai pelabur dan produser bersama,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino