Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

“Semua Membisu. Mereka Hidup Dalam ‘Denial Syndrome’,” – Ahli FDAM

Apa guna persatuan jika ia tidak memberi manfaat pada ahli.

Hakikatnya, banyak persatuan hiburan di negara ini yang hanya gah pada nama dan usia penubuhan mereka tapi soal aktiviti dan pencapaian malang sekali.

Salah seorang ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Asri Alias turut mempersoalkan kepimpinan FDAM ketika ini yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

“Setelah kurang lebih 6 bulan kepimpinan baru dilantik untuk menerajui persatuan, saya katakan tidak ada.

“Hanyalah satu kongres yang diambil daripada tanggungjawab ini yang diberikan kepada FDAM untuk menganjurkan, dikatakan sebagai satu kongres tetapi dikhabarkan tidak dapat mandat daripada AJK sendiri.

“Tidak diberi kata putus tujuan diadakan kongres sementelah ahli yang lain rasa macam teringgir,” katanya.

Antara ahli FDAM yang hadir pada satu majlis Aidilfitri di Kuala Lumpur baru-baru ini. (Foto: Asri Alias – Facebook)

Asri merujuk pada Kongres Kebangsaan Industri Filem dan Kandungan Kreatif Malaysia yang dianjurkan FDAM dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada penghujung Mac lalu.

Jelasnya, segala pertanyaan ahli berkait persatuan hiburan itu yang dihantar menerusi mesej berkumpulan di WhatsApp ahli itu digelar langau.

“Hanya lima dan enam orang yang dianggap langau ini saja dipanggil untuk mendengar penjelasan.

“Bagi saya tidak cukup kerana isu ini perlu diberitahu secara meluas dan bebas pada setiap ahli tanpa ada usaha untuk kita menutup kelemahan pentadbiran dan untuk ahli lain dengari tentang apa isu dan pertanyaan dalam WhatsApp,” katanya.

Ujarnya, selain itu banyak isu tentang logo dan perlembagaan FDAM juga timbul. Pada saya, isu paling besar adalah tentang kongres.

“Dr Mahadi pernah menyebut dalam audio yang dirakam ahli lain. Dia cuba bermain retorik tentang apa pertanyaan yang kita jawab.

“Dia mengatakan acara itu tidak dibantu ahli. Macamana majlis nak bagus sedangkan tidak diberitahu kepada ahli untuk buat kongres.

“Saya sendiri berpandangan kongres itu sendiri tidak menepati ciri suatu kongres. Kalau bercakap saja ia jadi suatu forum.

Kongres mesti hadir dengan satu kertas kerja, penyelidikan yang dibuat bukan masa panggil ah-hoc dalam tempoh 2 hingga 3 minggu untuk bentang di kongres.

“Kongres juga mesti ada hubung kait dengan bidang kita iaitu pengarahan. Kenapa kita keluar daripada skop dan apa kepentingan kita sebagai ahli dapat sedangkan saya dengar ada AJK yang dapat elaun sampai RM4,000, betul ke?,” katanya.

Asri (kiri) berpandangan EGM perlu diadakan untuk menyelamatkan FDAM.
(Foto: Asri Alias – Facebook)

Sebelum ini, tindakan beberapa ahli berkumpul dalam satu perjumpaan majlis Aidilfitri yang diadakan sesama ahli FDAM turut menjadi isu sehingga menambah kemelut dalaman persatuan itu. (Baca lagi: Apa Ahli FDAM Buat Pada Malam 1 Julai 2019?)

Malah, Asri sendiri yang juga hadir pada majlis tersebut diberi surat tunjuk sebab. (Baca lagi: Malam Makan Lemang, Esok Dapat Surat Tunjuk Sebab!)

Bagi Asri, dia melihat setiap isu dan persoalan yang diajukan ahli tidak dijawab.

“Semua membisu. Mereka hidup dalam ‘denial syndrome’ bermaksud semua isu yang diutarakan tidak dijawab maka timbul persepsi ahli terus dibina-dibina dan inilah yang akan terjadi.

“Sepatutnya kita dah hampir tubuh jawatankuasa baru penggal 2019 hingga 2021. Boleh dikatakan satu per empat penggal tiada aktiviti untuk ahli sedangkan nak buat majlis macam ini untuk silaturrahim sesama ahli pun tak boleh buat.

“Saya cabar diri saya untuk buat majlis sebegini. Perlu ingat setiap tanggungjawab ahli yang melantik AJK kena pikul tanggungjawab.

“Jika tidak mampu pikul tanggungjawab, secara hormat saya dah cakap sebelum ini minta tolong letak jawatan secara terhormat. Jangan buang masa kami sebagai ahli yang membayar yuran tanpa satu aktiviti yang bermanfaat pada ahli,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino