Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

[Siri 1] Di Sebalik Populariti Filem Gila-Gila Remaja, Kuzi Pernah Sorok Azroy Dalam Bilik Pengawas

Kisah 5 pelajar lelaki yang nakal dalam filem Gila-Gila Remaja memang cukup menghiburkan.

Siapa sangka, impak filem lakonan utama Faizal Hussein bersama Faisal Ahmad (Chal) dan Datuk Rosyam Nor menjadikan ia sebagai antara naskhah filem Melayu terbaik yang diminati ramai penonton sepanjang zaman.

Filem Gila-Gila Remaja diminati ramai penonton kerana aksi nakal 5 pelajar kolej.

Bagi Chal yang popular dengan watak Kuzi, dia sendiri terkejut apabila filem itu masih ditonton sehingga kini.

“Walaupun sudah lebih 30 tahun berlalu tapi sehingga hari ini saya pun terkejut bila orang boleh terima cerita itu dan masih terhibur menonton.

“Saya letak kebijaksanaan dan apa yang dipandang jauh oleh pengarahnya iaitu Allahyarham Hussein Abu Hassan.

“Masa beliau dapat skrip ini tentang lima orang sahabat di satu kolej dan perjalanan cerita mereka di zaman kolej dan sebagainya, apa yang saya tengok beliau bijak dengan mengambil kawan-kawan Faizal yang rapat untuk berlakon cerita ini,” katanya kepada Kafebuzz.

Chal turut terkejut dengan sambutan penonton terhadap filem Gila-Gila Remaja yang masih diminati ramai sehingga kini. (Foto: Kafebuzz)

Jelasnya, dia bersama Faizal melakonkan watak Azroy manakala Hamid Ali yang berlakon sebagai Ravi sebenarnya dari satu sekolah yang sama dan mereka berkawan sejak dari tingkatan 1.

“Kami memang dah kenal, sebaya dan sering berjumpa pada waktu rehat ketika sama-sama belajar di Methodist Boy School (MBS) Sentul. Saya masih ingat pada masa itu, saya pengawas sekolah dan Faizal suka pakai kasut adidas Stan Smith ke sekolah.

“Maklumlah dia anak pengarah dan mampu pakai kasut macam tu tapi kasut itu memang tidak dibenarkan kat sekolah. Disebabkan saya pengawas, pada setiap pagi dia minta tolong saya sebab tak boleh masuk ke perhimpunan.

“Jadi, saya sebagai AJK pengawas menggunakan kuasa, kiranya menyalahgunakan kuasa untuk melepaskan dia. Saya sembunyikan dia di dalam bilik pengawas sampai habis perhimpunan dan pelajar lain masuk kelas baru dia dilepaskan, perkara tersebut berlaku setiap kali ada perhimpunan pada Isnin dan Jumaat,” katanya.

Wajah terbaru ‘Kuzi’ yang kini berkerja sebagai Produser Eksekutif di sebuah produksi tempatan. (Foto: Kafebuzz)

Begitu juga kisah Hamid yang tidak suka pakai stoking ke sekolah.

“Apabila pengawas periksa, saya pun tutup mata dan suruh dia jalan cepat sikit. Kawan tetap kawan,” katanya.

Chal juga memberitahu mereka bertiga sememangnya popular di sekolah terutama dalam kalangan pelajar perempuan.

Nak tahu apa yang berlaku pada masa itu sehingga mereka jadi popular dan pengalaman ketika penggambaran filem itu, ikuti sambungnya esok.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino