Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Boh Sharif Lakonkan Semula Ibu Ketika Muda Sehingga Tua

Sehebat mana manusia atas bumi ini, jasa ibu pastinya tidak ternilai.

Perasaan sama dikongsi penyanyi Singapura, Sharifpudin Mohamad atau lebih dikenali dengan nama popular, Boh Sharif yang mempunyai banyak kenangan bersama ibunya, Allahyarhamah Raya Bodil.

Bayangkan, ketika Boh Sharif berada di penjara selama 25 tahun bersama 45 sebatan, ibunya sering datang menjenguknya tanpa jemu.

Namun, ibunya pergi menghadap Illahi pada 28 Mac lalu.

Aksi Boh ketika terbabit dalam penggambaran muzik video lagu Tinggal Sejarah. (Foto: Boh Sharif)

Boh berkata, dia turut mendedikasikan lagu dari single berjudul Tinggal Sejarah buat insan teristimewa itu apabila menjemput ibunya itu dalam pembikinan muzik video lagu tersebut.

Pembikinan muzik video tersebut dilakukan pada awal tahun ini.

Memang hasrat nak masukkan arwah mak dalam muzik video ini dirancang awal. Saya nak muzik video itu ada jalan cerita dan penonton boleh ‘feel’,” katanya ketika ditemui Kafebuzz di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya, dia mencari masa yang sesuai untuk melancarkan muzik video itu kepada khalayak.

“Penggambaran dijalankan di sekitar Marina Bay Sands dan hostel Gusti Bed & Breakfast. Menariknya, kami guna tingkap hostel seperti babak di penjara.

“Kami juga gelapkan satu bilik hostel dan saya duduk di situ seolah berada dalam penjara, ” katanya.

Boh sempat mengabadikan kenangan bersama arwah ibunya menerusi muzik video lagu Tinggal Sejarah. (Foto: Boh Sharif)

Tambahnya, dia bersama pengurusnya, Audrey turut berbincang dengan produser muzik video untuk memaparkan babak-babak mengikut story board.

“Ada babak ketika mak Boh masih muda datang melawatnya di penjara sehingga mak jadi tua dari boleh jalan sehingga duduk kerusi roda.

“Sayangnya muzik video ini tidak dilancarkan ketika arwah mak masih hidup. Ketika penggambaran, arwah mak memang teruja untuk berlakon,” kata Audrey.

Sambung Boh, ketika penggambaran dia pikul ibunya itu untuk berlakon meskipun pada awalnya arwah enggan untuk terbabit dalam muzik video tersebut.

“Saya cakap kat dia, mak cuma duduk diam-diam, sekejap saja berlakon dan kemudian dia disolek sebelum penggambaran bermula,” katanya.

Boh turut berkesempatan mempromosi single, Tinggal Sejarah, buat pendengar di Malaysia sebelum ini. (Foto: Kafebuzz)

Boh menyifatkan muzik video Tinggal Sejarah ini sebagai ‘tribute’ dan penghargaan buat arwah ibu penyanyi itu.

Ujarnya, dia akan melancarkan muzik video itu tidak lama lagi bersama satu lagi projek terbesar yang akan diumumkan kelak.

  • Kafebuzz.my


Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino