24/01/2021

Malam Makan Lemang, Esok Dapat Surat Tunjuk Sebab!

2 min read

Kurang 24 jam selepas hampir 100 orang ahli FDAM berkumpul hadir pada majlis Aidilfitri yang dianjurkan rakan mereka, ada pula antara mereka menerima surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Kehormat persatuan itu.

Salah seorang ahli FDAM iatu Asri Alias antara individu yang menerima surat itu bertarikh 2 Julai mengatakan dia digantung keahlian kerana beberapa pelanggaran perlembagaan persatuan.

Asri menerima surat mengenai pengantungan ahlinya sehari selepas majlis Aidilfitri yang dihadirinya pada malam sebelum itu.

Tindakan tatatertib daripada AJK persatuan hiburan itu ada kaitan selepas majlis Aidilfitri yang diadakan pada malam sebelum itu. (Baca lagi: Apa Ahli FDAM Buat Pada Malam 1 Julai 2019?)

Bukan saja Asri menjadi mangsa, dia bersama ramai lagi ahli FDAM yang hadir makan lemang pada malam itu juga dibuang dari ‘group’ WhatsApp, FDAM (A).

Pada hari sama (2 Julai), FDAM turut mengeluarkan satu kenyataan media yang menafikan presiden mereka, Othman Hafsham meletakkan jawatan.

Surat tersebut juga ditandatangan Setiausaha Kehormat FDAM.

Surat penafian AJK FDAM berhubung presiden mereka sudah letak jawatan.

Dalam satu status di media sosial, setiausaha kerja FDAM ada menjelaskan isu ahli-ahli persatuan itu yang dibuang daripada ‘group’ WhatsApp, pada komen AJK, Ahmad Hashim yang turut dikenakan tindakan tatatertib yang sama.

Asri berkata kepada Kafebuzz, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan FDAM.

“Group A WhatsApp telah ditutup oleh barisan kepimpinan. Ini telah menyemarakkan kemarahan ahli.

Keadaan makin melarat sebab barisan kepimpinan hari ini bertindak membubarkan ‘group’ tanpa persetujuan ahli. Ini mendatangkan ketidakpusan hati serta kemarahan ahli dan seolah cubaan untuk mendiamkan ahli,” katanya.

Tambahnya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu sedar tentang kemelut FDAM yang semakin serius.

“Saya cuba selesaikan dulu dan cuba selamatkan FDAM dari terkubur dan sebab itu EGM perlu di teruskan,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *