Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Pak Arab Buat Hal Lagi Rupanya!

Dah banyak kali mungkin kita dengar dan baca.

Atau mungkin ada yang pernah melaluinya sendiri sehingga menjadi mangsa mereka.

Kes penipuan membabitkan golongan scammer ini semakin menjadi-jadi seolah tidak takut dengan tindakan undang-undang negara ini.

Apa yang membimbangkan adalah jika masyarakat kita sendiri terus terpedaya dan menjadi mangsa sindiket ini.

Terbaru, satu pasangan warga asing dipercayai aktif menggunakan taktik mereka untuk memerangkap mangsa.

Kejadian itu dikongsi seorang wartawan penyiaran yang juga seorang model, Rosli Mohd Nordin yang bercerita pengalamannya sendiri didekati warga asing terbabit ketika berada di stesen minyak Petronas Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Berhati2 dgn kereta ini.. sepasang warga Arab… lelaki memakai jubah…isteri berjubah hitam… memangku anak… si…

Posted by Rosli Mohd Nordin on Ahad, 30 Jun 2019
Rosli berkongsi ceritanya di media sosial, semalam.

Dakwanya, satu pasangan warga Arab yang dipercayai menyewa sebuah kereta meluahkan masalahnya kononnya kehilangan wang ketika bercuti di negara ini.

Bagaimanapun, tindakan bijak Rosli untuk tidak melayan teguran warga asing itu menyebabkan pasangan itu beredar dari kawasan tersebut.

Meskipun sudah banyak kes penipuan sebegini dilaporkan media tetapi peringatan pada orang ramai menerusi perkongsian cerita ini perlu diperbanyakkan agar masyarakat kita lebih berhati-hati.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino