17/01/2021

“Kita Kena Faham Sejarah, Cari Buku Ini dan Baca” – Nasir Jani

1 min read

Isu bayaran royalti yang sepatutnya diterima penggiat seni terus jadi agenda untuk diperjuangkan.

Ini terbukti apabila usaha pengarah filem terkenal, Nasir Jani yang sentiasa membanteras isu cetak rompak dalam industri hiburan tempatan masih berterusan.

Nasir terus lantang bersuara apabila mendakwa kerajaan lama banyak menubuhkan persatuan dalam industri hiburan sehingga menimbulkan persoalan ke mana perginya royalti yang sepatutnya diterima penggiat seni.

“Untuk ‘move forward’ kita kena tahu sejarah. Saya telah berusaha bersama sahabat saya, Ito untuk mendokumenkan masalah kita.

“Kta hebat macamana pun ke depan atau ke belakang, isunya royalti kita. Eh, ‘korang’ buat lagu, ‘mamat’ datang ambil boleh ke? ‘Korang’ buat nasi lemak datang curi makan, boleh ke?,” katanya pada Sesi Perjumpaan Penggiat Industri Muzik Bersama YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di FINAS, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Nasir pernah berkongsi pengalamannya terhadap isu cetak rompak menerusi buku Cetak Rompak Kepala Bapak. (Foto: Kafebuzz.my)

Pada majlis itu, Nasir turut menunjukkan kembali buku yang pernah ditulisnya berjudul Cetak Rompak Kepala Bapak sebagai panduan untuk penggiat seni faham sejarah cetak rompak.

“Saya tidak berpihak mana-mana, saya hanya menceritakan sejarah. Dalam buku ini, saya ada tulis dan tahu kes cetak rompak.

“Kita kena faham sejarah, cari buku ini dan baca,” katanya yang turut memberikan senaskah buku tersebut kepada Menteri, Gobind Singh Deo.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.