Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Skop Productions Belanja RM1 Juta Hanya ‘Setting’ Abang Long Fadil 3

Buat pertama kalinya, produksi Skop Productions Sdn Bhd menerbitkan filem trilogi.

Filem terbaru, Abang Long Fadil 3 yang tamat penggambaran semalam mungkin akan mencipta satu lagi fenomena dan sejarah perfileman tempatan apabila dijangka tayangan pada awal tahun depan.

Produsernya, Datuk Yusof Haslam percaya kebanyakan filem trilogi menjadi atau mampu tarik perhatian penonton ke pawagam.

Sebagai pertaruhan, beliau sanggup membelanjakan kos filem ini yang mencecah RM6 juta termasuk RM1 juta hanya untuk ‘setting’ merujuk pada reka bentuk props di lokasi penggambaran.

“Macam filem Hollywood, banyak filem mereka menggunakan set yang mencecah kos berpuluh juta. Masa nak melakukan penggambaran di hotel, nak letupkan hotel, ada babak berlawan dan tembak menembak, siapa nak bagi hotel mereka?

“Begitu juga ada babak macam cerita James Bond ada terowong. Ini semua idea budak-budak muda,” katanya kepada Kafebuzz.

Filem terbaru, Abang Long Fadil 3 masih menampilkan Zizan Razak sebagai pelakon utama.
(Foto: skoproductions_ofc – Instagram)

Bagi filem arahan Syafiq ini, Skop turut bekerjasama dengan Astro Shaw dari aspek menampung kos produksi.

“Bajet besar RM6 juta jadi saya bekerjasama dengan Astro Shaw. Kalau jadi apa-apa kita demam 2 ‘orang’.

“Ini risiko berniaga wayang. Walaupun saya bernasib baik setakat ini tapi saya sentiasa berhati-hati kerana jaminan tiada dan rezeki datang daripada Tuhan,” katanya.

Yusof berpandangan sukar menjangkakan sambutan yang bakal diterima untuk filem kali ini meskipun masih mempertaruhkan Zizan Razak sebagai pelakon utama.

“Ada filem membelanjakan RM1 juta tapi kutipan hanya RM3,000. Kalau gerak hati orang kuat nak tengok, mereka akan tengok.

“Ada juga ‘gambar’ bagus tapi orang tak mau tengok. Ia sebenarnya lebih pada persembahan.

Jika kata Zizan jual ‘gambar’, ada juga cerita dia tak ‘jalan’. Semua aspek perlu diambil kira,” katanya.

Zizan bersama Elizabeth Tan antara pelakon membintangi filem Abang Long Fadil 3. (Foto: skoproductions_ofc – Instagram)

Kuasa Penonton Melayu

Jelas produser berpengalaman ini lagi, penonton Melayu memainkan peranan penting terhadap sambutan sesebuah filem di pawagam.

“Sebenarnya jumlah penonton filem Melayu masih jauh dengan penonton filem tempatan. Dalam setahun ada RM1 bilion lebih kurang kutipan filem tempatan.

“Kajian dibuat secara rambang dekat RM1 bilion kutipan filem tempatan dan filem luar negara di mana 70 peratus adalah dari duit penonton Melayu.

“Penonton Melayu membuktikan kuasa beli begitu kuat. Jika tiada penonton Melayu, pawagam boleh tutup,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino