Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

ASPAA Meriahkan Jaringan Syawal @ICAEN

Kemeriahan Syawal masih dirasai.

Banyak rumah terbuka diadakan di mana saja termasuk majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Kolaborasi: Jaringan Syawal @ICAEN yang diadakan di Intekma Resort, Shah Alam baru-baru ini.

Menariknya, ramai alumni sejak zaman Institut Teknologi Mara (ITM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkumpul buat julung kalinya.

Presiden ASPAA, Dr Suhaimi (empat dari kiri) bersama AJK Eksekutifnya bergambar dengan penari yang merupakan pelajar dari FSPPP, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. (Foto: ASPAA)

Bukan mudah sebenarnya untuk mengumpulkan alumni ini memandangkan masing-masing mempunyai komitmen kerjaya berbeza.

Pada majlis itu, ia diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Kolaborasi: Jaringan Syawal @ICAEN berlangsung meriah di Intekma Resort, Shah Alam baru-baru ini. (Foto: ASPAA)

Tidak ramai alumni yang tahu kewujudan ICAEN iaitu Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan yang menjadi platform untuk berinteraksi dengan alumni menerusi persatuan alumni yang mewakili setiap fakulti.

Persatuan Alumni Sains Pentadbiran Pengajian Polisi UiTM Se-Malaysia (ASPAA) antara organisasi alumni berstatus badan bukan kerajaan (NGO) yang turut hadir memberikan sokongan pada majlis tersebut.

Barisan AJK Eksekutif ASPAA merakam kenangan bersama Dr Mohd Azraai Kassim (empat dari kiri) pada majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Kolaborasi: Jaringan Syawal @ICAEN. (Foto: ASPAA)

Delegasi ASPAA diketuai Presidennya merangkap Timbalan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Dr Suhaimi Abdul Samad hadir memeriahkan majlis bersama AJK Eksekutifnya terdiri daripada Wan Muhammad Hasif Wan Hassan (Setiausaha Agung) dan Salmiwati Othman (Naib Setiausaha I).

Tidak terkecuali, Dr. Mahadir Ladisma @ Awis (Naib Presiden Jabatan Pendidikan, Wacana & Kepimpinan), Sara Yazmin Zulqahar (Naib Presiden Jabatan Jaringan Strategik & Antarabangsa) dan Elrafaei Sapi (Naib Presiden Jabatan Penerangan & Komunikasi).

Barisan AJK Ekskutif ASPAA bersama Pengarah Pusat Jaringan Alumni (ANC) ICAEN, Dr Ainul Azreen Adam (empat dari kiri). (Foto: ASPAA)

Sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah enak yang disediakan penganjur seperti kambing bakar, lemang bersama rendang, sate dan serawa durian, majlis ini juga memberi kesempatan pada alumni untuk jejak kasih dan menjalinkan silaturrahim antara satu sama lain.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino