Last Updated: 03/08/2019 - 11:47 PM

“Krill, Cuba Ko Tengok Kalau Ada Job Untuk Kita” – Raja Azura (KE)

Suatu ketika celoteh mereka cukup menghiburkan.

Setiap pagi ketika ramai pergi bekerja, suara tiga penyampai radio popular iaitu Krill Rashid, Salih Yaacob (SY) dan Raja Azura (KE) menceriakan suasana pagi.

Namun, bak kata pepatah ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari, nasib mereka berubah apabila trio ini tidak lagi digandingkan untuk segmen Sinar Pagi Sinar.

‘Kehilangan’ mereka seolah ditangisi ramai pendengar setia dan peminat mereka.

Suasana pagi selepas itu seperti hilang sinarnya hingga masing-masing membawa haluan sendiri mencari rezeki untuk terus hidup.

Krill baru-baru ini ada memuat naik satu status di Instagramnya, sambil berseloroh dengan dua rakannya itu jika ada peluang kerja untuk mereka.

Memang cukup menyedihkan apabila mengenangkan karier seorang penyampai radio terkenal yang pernah berada di puncak populariti tapi akhirnya jadi sebaliknya.

Sama ada Krill, SY mahupun KE, mereka bertiga adalah penyampai radio terbaik sehingga kini.

Meskipun jodoh mereka tidak panjang untuk bersama stesen radio tersebut, suara mereka tetap dirindui ramai pendengar setia dan peminat.

Sememangnya stesen radio mempunyai perancangan mereka sendiri dalam tarik perhatian pendengar dengan sesuatu yang baru termasuk memperkenalkan penyampai baru tapi hakikatnya, kehebatan Krill, SY dan KE memang tiada tandingan.

Dalam seleoroh itu, Krill yang kini lebih tertumpu pada bisnes sendiri selain melakukan kerja pemasaran radio untuk mana-mana pelanggan, tetap mengintai peluang jika ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pengacara majlis.

Mungkin suatu hari nanti, trio ini bakal kembali. Semoga dimurahkan rezeki buat ketiga penyampai radio berbakat besar ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino