Last Updated: 29/11/2019 - 11:31 PM

“Karya Akan Bercakap Dahulu Sebelum Bercerita Soal Profesionalisme” – CEO FINAS

Setiap tahun muncul graduan filem yang dilahirkan pihak universiti.

Bagaimanapun persoalannya sejauh mana karier mereka mampu meraih kejayaan atau karya mereka diterima penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, beliau sentiasa percaya filem pendek adalah platform paling baik untuk mengetengahkan bakat baru di peringkat amatur seperti pelajar.

“Ini bermakna karya akan ‘bercakap’ dahulu sebelum bercerita soal profesionalisme untuk mengarah atau teknikal.

“Ramai yang tidak tahu filem pendek merupakan pintu masuk untuk memperkenal diri sebagai pengkarya. Daripada filem pendek, ia boleh menilai sama ada seseorang itu mempunyai khazanah seni dalam diri atau tidak,” katanya kepada Kafebuzz selepas penganjuran acara FiTA Wave Short Film Awards 2019 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Siapa Layak Dapat Geran FINAS?

Ahmad Idham sebelum ini menyatakan FINAS menawarkan geran filem cereka kepada salah seorang pemenang FiTA Wave Short Film Awards 2019. (Foto: FINAS Malaysia – Instagram)

Sebelum ini, Ahmad Idham pada sidang media acara tersebut mengatakan salah seorang pemenang pertandingan ini bakal menerima geran FINAS untuk menghasilkan filem cereka.

Sebanyak 10 karya diangkat sebagai pemenang pada acara julung kali ini yang diadakan dengan jayanya di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Bagi memilih siapakah pemenang yang layak untuk menerima geran FINAS ini, Ahmad Idham memberitahu pihaknya akan berbincang dengan UiTM dengan mengambil semua pangkalan data yang ada sebelum diadakan ujian saringan.

Pemenang ini juga akan dipanggil untuk sesi pitching bersama panel-panel FINAS.

Dekan FiTA, Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen mengumumkan nama lima juri profesional yang dilantik untuk mengadili karya peserta yang bertanding pada FiTA Wave Short Film Awards 2019. (Foto: Kafebuzz)

“Ia suatu yang tidak adil untuk FINAS memperjelaskan konsep kerana kita tidak mahu bersikap bias terhadap konsep macam ini.

“FINAS bukan kerjanya untuk menilai karya tapi sepatutnya menyediakan platform untuk menjadi pengkarya.

“Pengkarya perlu menambat hati penonton. Apabila penonton tengok, mereka boleh rasa dan ia mungkin art, komersial, suspen atau seram.

“Tiada isu tapi kita boleh menilai sama ada seseorang itu mempunyai bakat untuk diasah menjadi pemain industri yang besar,” katanya.

Penyanyi popular, Misha Omar tampil mengadakan persembahan pada FiTA Wave Short Film Awards 2019 di UiTM Shah Alam, Selangor baru-baru ini. (Foto: Kafebuzz)

Pemberian geran tersebut adalah salah satu inisiatif di bawah Program Inkubasi Karyawan Muda FINAS yang digunakan untuk membantu pelajar berkarya selain menerusi geran Dana Kandungan Digital.

Salah satu usaha saya apabila menjadi CEO FINAS di mana saya nak mendekati universiti-universiti dengan memberikan sejumlah peruntukan untuk mencungkil bakat baru dari peringkat universiti menggunakan platform filem pendek dan festival-festival universiti,” katanya.

FiTA Wave Short Film Awards 2019 ini dianjurkan UiTM menerusi FiTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hasanah, FINAS dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Berikut adalah senarai pemenang:

Kategori Ipta/kolej:

  1. Lukisan Jalanan (Aswara)
  2. Dark Drawing Unpacked (Universiti Malaya)
  3. Mamat (Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM)

Kategori Sekolah Menengah:

  1. Kertas Renyuk (SMK Khir Johari Sungai Petani, Kedah)
  2. Hope (SMK Tok Janggut)
  3. Jamal The Untold Story (SM Sains Lahad Datu)

Kategori Terbuka:

  1. Sisa Binasa (Binfilem)
  2. Nor Dari Tingkat 2
  3. X+2Y=Z (Aksara Seni)

Anugerah Popular/Pilihan Khalayak
Yol (SMK Seksyen 18)

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino