Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

Suasana Raya Ketika Zaman Tentera Jepun, ‘Atuk’ Dedahkan Apa Yang Sebenarnya Berlaku Ketika Itu

Masih dalam suasana raya.

Sudah tentu di kesempatan cuti hujung minggu esok, ramai yang mengambil kesempatan buat rumah terbuka dan juga beraya di pelbagai destinasi.

Namun, dalam asyik dan berseronok kita menjamah aneka juadah raya yang lazat, pernah tak terfikir bagaimana gamaknya suasana raya ketika Malaysia sebelum merdeka.

Salah seorang warga emas iaitu Ya Abbas berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilaluinya ketika tentera Jepun masih menjajah Tanah Melayu pada masa itu.

Dia ketika itu masih kanak-kanak mengakui suasana pada masa itu cukup menakutkan apatah lagi tentera Jepun ada di mana saja dalam kawasan kampung.

“Tentera Jepun pada masa itu sering mengarah kaum lelaki di kampung untuk bekerja dengan mereka dengan membantu membuat kerja bertukang dan membersihkan kawasan markas.

“Di bandar Jertih pada masa itu ada satu pondok besar sebagai pusat kawalan tentera Jepun. Orang kampung selalu dipaksa pergi bekerja ke sana dan mereka akan pulang ke rumah seminggu sekali,” katanya kepada Kafebuzz ketika ditemui di rumahnya di Besut, Terengganu baru-baru ini.

Ya cukup mengemari ketupat yang menjadi menu wajib Aidilfitri dimasak isteri tercinta, Wan Tijah Hasan. (Foto: Kafebuzz)

Tambahnya, sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat kepala penduduk kampung dipancung tentera Jepun.

“Ramai orang kampung melarikan diri ke kawasan sungai. Tentera Jepun sebenarnya hanya berada di kawasan kampung tidak pergi ke sungai. Jadi, penduduk kampung tinggal di kawasan sungai untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Meskipun sudah lanjut usia, Ya Abbas masih gagah untuk pergi ke kebun dan sawah miliknya. (Foto: Kafebuzz)

Selain kejadian yang menakutkan apabila tindakan Jepun menangkap penduduk kampung, Ya juga menyatakan apa yang lebih membimbangkan adalah penduduk kampung sendiri masuk ke rumah penduduk kampung lain untuk mencuri makanan.

“Pada masa itu, ramai yang tidak cukup makan. Jadi, mereka bertindak masuk ke rumah penduduk kampung lain kerana mahu mencuri makanan. Suasana raya tetap disambut tapi ia tidaklah semeriah zaman sekarang,” katanya.

Ya bersama isterinya, Wan Tijah bergambar raya dengan keluarga salah seorang anak mereka, Norhasniza. (Foto: Kafebuzz)

Lelaki berusia lebih 80 tahun ini merupakan antara penduduk asal di Kampung Lubuk Kawah tetap bersyukur kerana masih dipanjang usia tidak ditangkap tentera Jepun pada masa lampau.

Seperkara yang menarik daripada kisah hidupnya itu, beliau memberitahu tentera Jepun sebenarnya tidak tahu cakap bahasa Malaysia dan mereka hanya berkomunikasi dengan penduduk kampung menggunakan bahasa isyarat dan gaya bahasa tubuh.

Meskipun zaman tentera Jepun menjajah Malaya sudah lama berakhir dan tinggal sejarah, beliau memberikan pesanan agar masyarakat khususnya orang muda lebih menghargai erti Syawal sebenar dengan menyambut secara sederhana dan paling penting mengeratkan silaturrahim sesama insan.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino