Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

Mengapa Karya Mamat Khalid Lebih Kelakar Daripada Pengarah Lain?

Orang tengok TV sebab nak berhibur.

Namun, ada pula situasi orang tengok TV rasa tertekan sebab penyampaian cerita mahupun dialog yang membosankan.

Bagi mereka yang pernah menonton karya arahan Mamat Khalid sama ada telefilem dan filem, cerita yang disampaikan sering buat penonton tidak kering gusi.

Begitu juga, telefilem 16 Puasa yang disiarkan sempena Syawal kelima lalu turut menghiburkan penonton di saluran Astro Ria.

Cerita yang mahu disampaikan cukup mudah dan menghiburkan. Kisah beberapa rakan sekampung yang sudah lama akil baligh tidak berpuasa.

Telefilem 16 Puasa arahan Mamat Khalid yang menggunakan lokasi penggambaran di Sarang Art Hub menjadi antara daya tarikan pada penonton.

Mengapa karya Mamat Khalid lebih kelakar daripada pengarah lain?

Kisah orang tidak berpuasa bukanlah plot baru yang mahu disampaikan pada penonton.

Bagaimanapun, aksi lakonan golongan van jenazah ini terdiri daripada Allahyarham Rab Khalid, Aziz M Osman dan Bell Ngasri antara geng mereka memang cukup bersahaja dan mencuit hati penonton untuk ketawa.

Ada drama komedi hanya pelakon ketawa tapi penonton ternganga. Sebaliknya, karya Mamat Khalid pula, penoton ketawa tapi pelakon pula ternganga!

Mamat Khaid bijak dalam menyelitkan jenaka bersahaja pada babak dan aksi lakonan yang dipertontonkan.

Raya kali ini juga turut dimeriahkan dengan filem pecah panggung, Hantu Kak Limah pada malam raya dan kemudiannya, Man Laksa dimainkan sekali lagi tanpa jemu untuk ditonton.

Jika dinilai pada dua cerita ini, Mamat Khalid sememangnya jaguh kampung sebab dia berjaya menterjemahkan cerita kampung membawa nilai komersial yang menghiburkan ramai penonton.

Bukan semua pengarah mampu buat cerita kampung sepertimana Mamat Khalid sendiri.

Bukan semua pengarah juga mampu cuit hati penonton dengan babak komedi bersahaja tanpa bergantung pada aksi pelawak atau pelakon komedi semata-mata.

Pelakon berpengalaman, Sabri Yunus turut membintangi telefilem 16 Puasa yang disiarkan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Banyak perkara yang boleh pengarah lain mahupun produser, penulis skrip dan pelakon sendiri untuk belajar teknik komedi Mamat Khalid yang bukan syok sendiri.

Mungkin jika raya kali ini cerita Mamat Khalid tidak disiarkan di TV, hiburan tempatan seperti sunyi seketika.

Apa lagi karya terbaru Mamat Khalid selepas ini? Pastinya penonton khususnya peminat setianya tidak sabar menunggu.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino