Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

[Eksklusif] Semua Persatuan Hiburan Tidak Lagi Selamat, FINAS Akan Buat Penstrukturan Semula

Isu banyak persatuan dalam industri hiburan mahupun perfileman Malaysia sudah lama dibangkitkan.

Bagaimanapun, isu ini kembali jadi perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah pengurusan baru yang diterajui Datuk Hans Isaac sebagai Pengerusi manakala Ketua Pegawai Eksekutif di sandang Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Hans berkata, mereka sudah mempunyai hala tuju yang akan dilaksanakan membabitkan penggiat seni termasuk persatuan hiburan.

“Kami baru dapat hala tuju. Selama sebulan kami baru strukturkan hala tuju dan pada minggu lepas YB Menteri (Gobind Singh Deo) sudah mengesahkan hala tuju kami untuk FINAS dan industri.

“Buat masa sekarang untuk 2 bulan lebih, dalam hala tuju itu kami akan berjumpa semua bahagian dalam industri, gabungkan mereka dan berbincang untuk mencari peluang terbaik macamana kita nak struktur,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz ketika ditemui pada program Sinergi Industri Antara FINAS Bersama Media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hans (kiri) bersama Ahmad Idham sudah merangka hala tuju baru untuk FINAS dan penggiat seni. (Foto: Kafebuzz)

Ujarnya, buat masa ini ada lebih 15 isu untuk merangka industri tidak termasuk isu yang dibawa individu yang datang berjumpa mereka di FINAS sebelum ini.

“Persatuan pun ada dalam hala tuju kita sebab persatuan pun kita buat penstrukturan semula. Apa yang kami rasa sebelum ini banyak sangat persatuan dalam industri.

“Kami akan tukar struktur itu. Kami akan panggil ‘townhall’ antara semua persatuan tapi bukan semua ahli datang cuma presiden dengan timbalan atau sekretariat untuk membincangkan bagaimana hala tuju kami untuk persatuan.

“Struktur itu dah ada dan saya dah buat cuma macamana nak melaksanakannya perlu mengambil proses,” katanya.

Semalam, Kafebuzz membongkarkan isu dalaman yang berlaku dalam Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) sejak hampir 30 tahun lalu. Baca lagi: [Eksklusif] Logo FDAM Tidak Didaftar ROS, Pandangan Ahli Hanyalah Langau!

Ahmad Idham (kanan) bersama Hans (tiga dari kanan) bertemu pihak media dalam program Sinergi Industri FINAS Bersama Media di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Foto: FINAS Malaysia – Facebook)

Dalam pada itu, Hans menyatakan FINAS akan meneliti peranan setiap persatuan untuk terus bekerjasama dengan badan kerajaan itu.

Persatuan harus justifikasi pada FINAS mengenai kewujudan mereka. Maksudnya, mereka perlu bagitau FINAS mengapa mereka harus ada dalam industri ini.

“Mereka perlu bawa audit, hala tuju dan laporan kewangan untuk tunjuk pada kita. Sekarang kebanyakan persatuan, 95 peratus mengharapkan duit FINAS untuk mereka terus ‘survive’.

“Jadi, jika kami asyik memberi dan memberi saja, tiada pulangan bukan pada FINAS tapi pada pemain industri termasuk ahli mereka,” katanya.

Hans (kanan) meluangkan masa berbuka puasa bersama media. (Foto: FINAS Malaysia – Facebook)

Jelasnya, ada persatuan memintanya kembalikan hak mereka.

“Saya cakap boleh tapi syaratnya, yuran keahlian untuk masuk persatuan itu, kami potong 75 peratus. Saya bagi setahun pada mereka dan dalam setahun ahli-ahli mereka akan menentukan sama ada persatuan itu perlu ada pada tahun 2020 atau tidak.

“Semua persatuan kita akan buat keputusan. Mereka kena ‘justify’ pada kami. Memang seratus peratus penstrukturan sebab kita nak bantu persatuan, kita adalah ‘pay master’.

“Kita akan masuk campur di peringkat atasan, bukan hanya memberi nasihat tapi berbincang dengan mereka lebih banyak. Kita akan bagi syarat.

“Kalau syarat itu tidak masuk dalam hala tuju kami, saya akan minta persatuan itu untuk tutup, ‘very simple’,” katanya.

CEO Kafebuzz, Elrafaei Sapi (depan, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Hans, Ahmad Idham dan rakan media lain pada program Sinergi Industri FINAS Bersama Media di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Foto: FINAS Malaysia – Facebook )

Tegasnya, persatuan perlu ikut cara struktur yang dirangka FINAS untuk memberi manfaat pada pemain industri sendiri dan bukannya pada FINAS.

“Saya harap mereka (persatuan) akan ikut cara kami sebab jika tak, susah untuk mereka dapat duit daripada FINAS,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino