Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

“Abang Cuma Dapat 50 Sen!” – Mamat Khalid

Siapa sangka kembali ke lokasi penggambaran rupanya boleh menjadi terapi terbaik pada kehidupan seorang pengarah.

Perasaan itu dikongsi pengarah terkenal, Mamat Khalid yang kembali menghasilkan karya terbarunya berjudul 17 Puasa.

Keterujaan dan semangat pengarah filem Hantu Kak Limah ini begitu membara selepas terlantar sakit sehingga koma sebelum ini akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.

Karya terbaru arahan Mamat Khalid berjudul 17 Puasa kini boleh dibeli menerusi saluran Astro First.

Mamat menjelaskan karya terbaru berkonsepkan ‘supertele’ itu diusahakan daripada modal yang dikumpul bersama keluarga dan rakan-rakannya.

“Masing-masing ‘cip in’ utk mencukupkan bajet bagi abang berkarya. Selepas keluar hospital masa itu semangat abang untuk turun mengarah amat tinggi dan mereka tau ini adalah satu terapi bagi abang mengembalikan semangat dan kesihatan diri yang semakin hari semakin nipis nafasnya.

“Benar! semasa penggambaran abang menjadi bertenaga dan sentiasa bergegas ‘for the next shot and scenes’. Jika abang tak mampu untuk turun mereka sediakan video feed untuk abang membuat penilaian,” katanya yang dikongsi menerusi akaun Facebooknya, semalam.

supertele #17puasa ni kami usahakan dengan modal yg dikumpul bersama-sama keluarga dan sahabat taulan abg. masing2 cip…

Posted by Mamat Khalid on Isnin, 27 Mei 2019

Bagaimanapun, di sebalik keceriaan Mamat sihat semula dan kembali mengarah, dia pula menjadi mangsa cetak rompak apabila karya terbarunya itu dimuat naik ke media sosial secara haram.

“Sudah mula menular pautan muat turun drama 17 Puasa ini di Facebook atas usaha mereka yang ingin berkongsi tonton tanpa bayaran kerana dalam pandangan mereka ianya amat kecil dan remeh untuk difikirkan implikasinya kepada abang,” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, karya tersebut yang kini boleh dibeli menerusi tayangan Astro First sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang lumayan pada dirinya sebagai seorang seniman.

“Abang dapat cuma RM0.50 sekali ‘subscription’ setelah ditolak kongsi bersama ‘station’ serta modal pelaburan sahabat taulan,” jelasnya.

Nampaknya isu cetak rompak yang kini terarah pada media digital terus berleluasa meskipun sebelum ini sudah ada tindakan saman yang dikenakan pada pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab itu.

Siapa yang patut selesaikan isu ini? FDAM? atau diri sendiri saja yang menanggung nasib.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: Mamat Khalid (Facebook)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino