Perlukah Rakyat Malaysia Wajib Fasih Bahasa Malaysia?

Nampak macam perkara kecil tapi ia suatu yang besar apabila difikirkan.

Jika anda pernah ke Jakarta, Indonesia sebagai contoh, mungkin sedar atau tidak masyarakat negara jiran itu begitu berjiwa patriotik terhadap negaranya.

Semua lebih senang berbicara dalam bahasa mereka sendiri. Malah, pelancong asing juga ada ketika ‘terpaksa’ belajar bahasa mereka untuk lebih mudah berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.

Bukan mahu mempersoalkan jati diri mereka tapi persoalan sebenarnya adalah pada diri rakyat Malaysia sendiri sama ada mereka mempunyai identiti sebagai warganegara.

“Sebagai rakyat Malaysia kita wajib fasih Bahasa Malaysia,” kata penyampai radio terkenal, Kieran di media sosial.

https://www.facebook.com/kierantomarcelloo/posts/10158584704797891

Kenyataan sebegitu mungkin dianggap remeh dan tidak perlu diambil berat memandangkan Malaysia mempunyai berbilang bangsa dan sekolah pelbagai aliran.

Mungkin tiada siapa peduli jika rakyat Malaysia sendiri tidak fasih berbahasa Malaysia sedangkan bahasa Inggeris lebih diberi keutamaan apabila mula bekerja.

Namun, harus ingat masyarakat Indonesia juga berbilang bangsa tapi mereka cukup fasih dengan bahasa negara itu.

Zaman sekarang bukan lagi pelik apabila ada rakyat Malaysia canggung berbahasa Malaysia.

Lebih malang, ada orang Melayu sendiri pun tidak fasih bahasa ibunda sendiri.

“Ramai yang poyo sekarang ni, takkan bangla or Myanmar atau Vietnamese lebih pandai dan fasih berbahasa Malaysia daripada rakyat Malaysia kan,” komennya lagi.

Segelintir juga berpandangan apakah sistem pendidikan Malaysia perlu diberi penambahbaikkan?

Sesuatu usaha dan tindakan perlu dilakukan untuk mengatasi isu ini agar ia tidak terus parah sehingga bahasa Malaysia akhirnya tidak dipedulikan lagi.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: Kieranto Marcello (Facebook)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*