Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

ASPAA, FSPPP UiTM Ceriakan Rainbow of Love School

Memberi lebih baik daripada menerima.

Perumpamaan itu begitu sesuai diterjemahkan pada mereka yang banyak bersedekah dan melakukan kerja amal sempena Ramadan yang mulia.

Begitu juga seramai 36 sukarelawan mengambil peluang melakukan kerja amal menerusi program yang dikenali sebagai Jalinan Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Rohingya.

Barisan sukarelawan terdiri daripada pensyarah, alumni dan pelajar yang terbabit dalam program Jalinan Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Rohingya, baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Alumni Sains Pentadbiran Pengajian Polisi UiTM Se-Malaysia (ASPAA) bersama Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban diadakan di Rainbow of Love School, Pertubuhan Amal dan Kemanusiaan Selangor (Human Aid), Selayang, Taman Selayang, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Menariknya, sukarelawan yang mengambil bahagian dalam program ini terdiri daripada pensyarah, alumni dan pelajar UiTM sendiri dari Bachelor Administrative Science and Policy Studies (BacAS), Corporate Administration Student Society (CASS) dan Voting Education Society (VES).


Rainbow of Love School, Pertubuhan Amal dan Kemanusiaan Selangor (Human Aid), Selayang, Taman Selayang, Batu Caves, Selangor turut menempatkan kanak-kanak Rohingya.

Timbalan Dekan FSPPP merangkap Presiden ASPAA, Dr Suhaimi Abdul Samad berkata, program ini adalah merupakan salah satu perkhidmatan komuniti yang sememangnya menjadi agenda tahunan bagi ASPAA.

“Pendekatan anjuran bersama FSPPP ini melibatkan Unit ICAEN dan kelab serta persatuan pelajar seperti BacAS, DIPAC dan CASS yang secara tidak langsung berupaya mendekatkan masyarakat kampus dengan alumni.

“Kerjasama ini diharapkan mampu memberi impak kepada komuniti pelarian Rohingya yang berada di sekitar kawasan Selayang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Suhaimi bersama sukarelawan turut sama terbabit dalam aktiviti memasak untuk juadah berbuka puasa.

Ujarnya, program sebegini juga diadakan sebagai tanda prihatin golongan warga pendidik dan pelajar dari UiTM terhadap golongan kurang bernasib baik seperti masyarakat Rohingya.

“Menyedari bahawa masih ramai golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian daripada kita maka program ini bertepatan dalam melahirkan mahasiswa dan alumni yang lebih peka dan prihatin terhadap persekitaran,” katanya.

Slot bercerita dikendalikan AJK Eksekutif ASPAA, Exco Jabatan Penerangan dan Komunikasi, Elrafaei Sapi antara aktiviti menarik bersama pelajar Rohingya yang diadakan dalam program selama sehari itu.

Kenyataan itu turut menyatakan program berkonsepkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dijalankan bertujuan memberi sokongan dari aspek pendidikan dan kewangan sebagai usaha membantu dalam meringankan beban kanak-kanak yang belajar di sekolah ini.

Biro Jabatan Kebajikan dan Sosial di bawah ASPAA mengambil cakna penglibatan dalam komuniti sosial dan ingin mengambil inisiatif bagi menjalankan program ini menerusi aktiviti menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka di sekolah ini.

Dr Suhaimi (duduk) berkesempatan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada masyarakat Rohingya di kawasan sekitar program Jalinan Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Rohingya berlangsung.

Program ini melibatkan 36 pelajar yang mendaftar di bawah ASPAA dan FSPPP yang diharapkan dapat memberi impak positif kepada mereka sebagai sukarelawan. Program ini juga melibatkan beberapa pensyarah dari UiTM Kampus Seremban diketuai Dr Suhaimi.

Pembabitan pensyarah-pensyarah ini juga berganding bahu bersama pelajar menjayakan aktiviti program ini menerusi aktiviti memasak juadah untuk berbuka puasa, slot pertandingan bercerita, penjagaan diri, pertandingan mewarna dan tayangan filem.

Sukarelawan program Jalinan Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Rohingya bergambar kenangan di Rainbow of Love School.

Tambahnya, program ini dilaksanakan dengan jayanya atas sokongan Puteri Nurdini Jamal Abdul Nasir bersama Amirah Mohamad Fuzi selaku Pengarah Projek.

Dr Suhaimi juga menyatakan penghargaan kepada individu, alumni, warga UiTM dan beberapa syarikat yang tampil memberi pelbagai sumbangan dan penajaan dalam menjayakan program ini.

“Sumbangan yang diterima itu berupaya menyediakan 500 pek makanan kepada mereka yang memerlukan seperti masyarakat Rohingya, anak yatim, tahfiz dan fakir miskin di sekitar Selayang,” katanya.

Salah seorang pekerja Rainbow of Love School menerima sumbangan Aidilfitri daripada Dr Suhaimi.
Buat julung kalinya ASPAA bersama FSPPP mengadakan program
Jalinan Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Rohingya.
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino