Last Updated: 15/11/2019 - 3:27 PM

Ramadan Pun Buat Perangai

Bayangkan pada suatu hari anda menerima satu panggilan misteri.

Lebih mengejutkan apabila pemanggil tersebut memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu anda terbabit dengan rasuah!

Apa yang harus anda lakukan?

Baru-baru ini seorang pengguna berkongsi pengalaman bagaimana dia menerima satu panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali iaitu 019-6178062 mendakwa dia terbabit dalam kes jenayah tersebut.

“Anda terbabit dalam satu kes pengubahan wang haram sebanyak RM29,000 membabitkan satu syarikat. Sapina makhamah sudah dikeluarkan dan anda dikehendaki datang ke Mahkamah Labuan jam 5 petang ini,” kata pemanggil tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Unit Kecemasan SPRM Putrajaya.

Pengguna itu mula berasa ragu-ragu terhadap kebenaran kes yang disabitkan selepas panggilannya disambung kepada individu lain apatah lagi tidak pernah ke Labuan sebelum ini.

Sebelum itu seorang wanita yang bercakap dengannya gagal memberikan butiran lanjut mengenai tujuan panggilan itu dibuat.

Tidak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan menerusi telefon, pengguna itu meminta nama penuh, jawatan dan lokasi pemanggil untuk berjumpa.

Perbualan mereka terus ditamatkan apabila pengguna mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan pegawai SPRM terbabit di ibu pejabat SPRM untuk berbincang lanjut.

Jangan Berdiam Diri!

SPRM menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung kes penipuan daripada scammer. (Foto: Sahabat SPRM – Facebook)

Pengguna itu kemudian bertindak menghubungi SPRM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber SPRM memberitahu pihak mereka tidak akan memberikan butiran kes yang disabitkan ke atas mana-mana individu hanya menerusi panggilan telefon!

Malah, mana-mana pegawai SPRM juga tidak menyambung panggilan telefon kepada pegawai lain untuk tujuan sama.

Secara jelas, panggilan yang diterima pengguna tadi adalah panggilan palsu daripada individu yang menyamar sebagai pengawai SPRM dan ia adalah panggilan daripada scammer yang cuba memperdaya mangsa untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu mudah mempercayai panggilan sedemikian sehingga memberikan maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan.

Tindakan scammer itu bukan saja membuang masa pengguna untuk melayan panggilan tidak berfaedah tersebut tetapi mencemar kesucian bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Jelas sumber SPRM itu lagi, beratus panggilan daripada orang ramai yang membuat aduan terhadap scammer diterima SPRM pada setiap hari.

Meskipun banyak scammer sudah dikesan tapi golongan penjenayah ini tetap berleluasa mahu menipu mangsa di mana saja.

Pengguna yang menerima panggilan yang sama boleh membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan pada masa akan datang.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino