Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Isu Royalti Artis Rakaman Akhirnya Selesai!

Isu royalti membabitkan artis rakaman sudah selesai!

Itu berita gembira sempena Ramadan buat semua artis rakaman sama ada penyanyi mahupun pemuzik yang selama ini berdepan isu mendapatkan bayaran royalti mereka.

Bayangkan sepanjang 19 tahun isu ini berlarutan, artis tempatan sebenarnya mengalami kerugian lebih RM100 juta daripada pendapatan royalti mereka.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez menjelaskan bayaran royalti yang tidak dibayar ketika ini sebanyak RM16 juta setahun.

“Terima kasih pada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) kerana megambil langkah dalam menyelesaikan kemelut royalti artis yang berlaku sejak 19 tahun lalu.

“Selepas Akta Hak Cipta dipinda pada tahun 2000, kita ada pelbagai masalah berhubung isu royalti sehingga sekarang artis yang patut dapat satu jumlah yang memuaskan tapi perkara itu tak jadi. Saya harap langkah yang diambil kerajaan ini dapat menyelesaikan masalah royalti yang wujud selama ini,” katanya kepada Kafebuzz.

Menurutnya, sejak tahun 2014 selepas wujud dua badan yang mewakili artis untuk kutipan royalti iaitu Recording Performers Malaysia Bhd (RPM) dan Performers Right and Interest Society of Malaysia (PRISM) Berhad, artis menjadi keliru.

“Banyak aduan telah dibuat kepada kerajaan kerana tiada sebarang usaha yang konkrit berapa jumlah yang sepatutnya dibayar pada RPM dan PRISM Berhad.

“Masalah berlaku apabila duit royalti ini tidak boleh dibayar kerana tiada persetujuan antara dua badan ini. Kini apabila hanya ada 1 badan saja iaitu RPM, saya berharap ahli PRISM cepat mendaftar sebagai ahli RPM,” katanya.

Freddie juga berharap RPM dapat mengambil tindakan segera untuk membuat agihan royalti ini berdasarkan lagu yang digunakan tempat awam mengikut pengagihan yang betul.

“Saya berasakan ini satu kemenangan besar pada artis dan pemuzik rakaman. Sekarang tiada lagi masalah isu royalti.

RPM harus bekerja keras untuk mendaftarkan ahli PRISM yang layak mendaftar. Dulu mungkin PRISM ada artis bukan rakaman dan mereka (RPM) harus tapis ahli yang layak di mana lagu mereka disiarkan di stesen radio dan tempat awam,” katanya.

Artis Perlu Ambil Tahu Hak Mereka

Nasib artis rakaman kini lebih terbela menerusi RPM.

KARYAWAN yang selama ini tidak putus asa memperjuangkan isu royalti ini juga berharap pembayaran royalti ini dapat dilakukan secepat mungkin kepada artis.

“Jumlah royalti ini bergantung pada bayaran yang dibayar pada RPM. Kita serahkan pada RPM kerana KARYAWAN tidak terlibat dalam mana-mana sebagai ahli lembaga pengarah RPM.

“Apa yang penting RPM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secepat mungkin untuk memberi peluang pada ahli PRISM dan RPM tentukan hala tuju RPM pada masa akan datang.

“Sudah tiba masanya artis harus ambil berat pasal kutipan royalti mereka dan tahu apa yang berlaku dan apa hak mereka.

“KARYAWAN amat berterima kasih pada kerajaan menerusi MyIPO dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas usaha mereka menyelesaikan masalah ini dalam tentukan hak artis dan diharap pada masa akan datang tiada lagi masalah royalti yang timbul,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino