Last Updated: 16/05/2019 - 9:21 AM

Filem Tiada Tajuk Masih Bertahan! Pawagam ‘Full House’!!!

Memang suatu yang jarang berlaku pada mana-mana filem tempatan apabila ditayangkan di pawagam.

Biasanya, filem tempatan yang hmendapat tayangan daripada Skim Wajib Tayang hanya mempunyai tempoh selama 14 hari untuk tayangan.

Bagaimanapun, sambutan luar biasa juga diterima filem Tiada Tajuk apabila sehingga kini tayangannya masih disambung oleh pihak pawagam!

Masuk minggu ketiga, filem pertama arahan Mawi ini terus ditagih penonton yang mahu menyaksikan karya hebat ini di pawagam.

Apa yang mengejutkan, adalah respons penonton sendiri termasuk rakan artis yang sudah menonton. Mereka memuji filem ini cukup menghiburkan dengan lawak bersahaja, santai dan penuh dengan mesej positif.

Lebih daripada itu, ada juga penonton menyamakan filem Mawi seperti karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee!

Bukan itu saja, filem ini juga menarik perhatian bukan Islam seperti penonton Cina dan Pak Arab menyaksikan filem ini yang juga terhibur dengan cerita yang disampaikan Mawi.

Komen ikhlas dan pujian yang diberikan penonton ini suatu yang memberikan pencapaian terbaik buat penyampai radio Zayan ini yang mahu mencuba nasib sebagai pengarah filem.

Filem yang menghiburkan bukanlah bersifat syok sendiri dan Mawi bersama barisan pelakonnya terutama Hazama, Along Cham dan Joey Daud selaku pendukung watak utama membuktikan apa yang dihasilkan mereka adalah hiburan terbaik untuk semua lapisan penonton.

Mawi sebelum ini ada menyatakan beberapa pawagam mengambil keputusan buka semula tayangan selepas mendapat permintaan ramai penonton yang belum menonton filem ini.

Malah, penyanyi popular ini juga terkejut apabila tayangan tambahan tersebut juga ‘full house’ atau penuh dengan penonton. (Baca lagi: Nak Tau Kutipan Filem Tiada Tajuk?)

Apa yang menarik perhatian, sambutan penonton terhadap filem ini bukan hanya pada mereka yang pertama kali menonton tapi ada penonton yang tengok berulang kali sehingga 5 kali di pawagam!

Melihat pada komen penonton yang dikongsi Mawi sendiri bersama kelab peminatnya, Sahabat Dunia Mawi di media sosial, membuktikan penangan filem Tiada Tajuk cukup luar biasa.

Beberapa rakan pengarah filem lain ada mengatakan kehebatan Mawi seperti pengarah terkenal, Mamat Khalid yang gemar menggunakan komedi sebagai genre penceritaan.

Filem Tiada Tajuk masih ditayangkan untuk minggu ketiga atas sambutan menggalakkan daripada penonton.

Pujian buat Mawi dan barisan pelakon atas komitmen mereka tidak hanya ketika di lokasi penggambaran filem ini sebaliknya, mereka semua beramai-ramai turun padang bertemu peminat menerusi acara Movie Day Out.

Untuk minggu ini, mereka akan berada di Batu Pahat dan Kulai, Johor esok (20 April). Jangan lepaskan peluang bertemu Mawi dan barisan pelakon Tiada Tajuk.

Orang kampung Mawi jangan lupa serbu TGV AEON Kulai esok.
  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー貑布 γ‚ΉγƒΌγƒ‘γƒΌγ‚³γƒ”γƒΌζ™‚θ¨ˆ スーパーコピーブランド cheap valentino