Ajak Belajar Al-Quran Memang Bagus Tapi…
1 min read
Mengajak manusia ke arah kebaikan memang amalan mulia.
Begitu juga, mengajak umat Islam lain untuk mengikuti kelas membaca al-Quran dan fardhu ain suatu aktiviti yang sangat digalakkan.
Baru-baru ini, admin mendapat satu risalah mengenai kelas Al-Muqoddasah iaitu Pusat Al-Quran dan Fardu Ain yang terbuka pada golongan kanak-kanak mahupun dewasa untuk turut serta.
Risalah tersebut juga menyatakan kelebihan mengikuti kelas Al-Muqoddasah ini dan jenis pakej yang ditawarkan pada mereka yang berminat termasuk alamat serta nombor telefon yang boleh dihubungi.

Bagaimanapun, apa yang membuat admin tertanya-tanya adalah mengapa risalah tersebut hanya diselitkan pada pemegang pintu kereta di tempat parkir?
Tahukah anda sekalian apa yang akan berlaku jika risalah itu yang memaparkan gambar al-Quran dibuang pemandu kenderaan begitu saja dan kemudian ia dipijak manusia lain?

Sepatutnya situasi sebegini dapat difikirkan dengan lebih mendalam oleh pihak pengurusan Al-Muqoddasah agar tidak sewenang-wenangnya menyelitkan risalah tersebut untuk tujuan promosi.
Jika niat kita ikhlas ke jalan Allah dan mahu membantu umat Islam lain membaca al-Quran dan menimba ilmu fardhu ain, ada baiknya tindakan menyebarkan risalah dengan cara sedemikian tidak lagi dilakukan.
Moga teguran ini menjadi pengajaran buat saja pada pihak pengurusan Al-Muqoddasah tapi juga semua sekolah atau kelas agama lain agar tidak mengambil mudah situasi sebegini.
- Kafebuzz.my