Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

Nak Tau Kutipan Filem Tiada Tajuk?

Ia mungkin dianggap suatu yang sukar untuk dilakukan apatah lagi pengarah dan pelakon ini sanggup buat promosi di pawagam berbeza.

Ini terbukti apabila penyanyi popular, Mawi bersama pelakon-pelakon filem Tiada Tajuk menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir ke pawagam mengadakan tayangan menonton bersama.

Tiga pelakon utama filem Tiada Tajuk iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud memberikan kekuatan pada filem ini.

Apa yang lebih memberi kejutan adalah mereka juga singgah ke lokasi pawagam secara mengejut untuk bertemu penonton!

Mawi mengakui tayangan minggu kedua filem Tiada Tajuk menunjukkan lebih ramai penonton datang ke pawagam untuk menonton.

“Nampak pada minggu kedua, orang yang dah tengok filem ini bagi review yang positif. Memang 98 peratus bagi komen positif.

“Ada la sikit-sikit yang satu dua kita boleh nampak tapi yang lain semua positif, mereka suka cerita ini dan daripada review itu, jumlah penonton ke pawagam semakin meningkat naik,” katanya kepada Kafebuzz.

Rumah atas pokok antara props menarik filem Tiada Tajuk.

Tambahnya, ramai rakan artis turut memberikan komen positif dan sokongan daripada review filem ini.

“Tayangan minggu kedua daripada sambutan penonton nampak okay dan harap jika sokongan itu berterusan filem ini boleh bertahan sehingga minggu ketiga,” katanya.

Sebagaimana pelbagai kejutan yang dilakukan Mawi untuk filem pertamanya ini, dia juga masih berahsia mengenai kutipan filemnya buat masa ini.

Namun, dia juga terkejut apabila ada beberapa pawagam yang sudah tiada tayangan pada keesokkan harinya tetapi mengadakan semula tayangan filem ini selepas mendapat permintaan menggalakkan daripada penonton.

“Tayangan ini dibuka atas permintaan penonton yang bercakap pasal filem ini. Bila tayang semula, tengok dah ‘full house’.

“Bukan Melayu seperti Cina juga menonton filem ini. Saya belajar bagaimana nak tarik perhatian penonton apatah lagi ia adalah filem pertama.

“Boleh ke Mawi buat tapi bila orang dah tengok, alhamdulillah dan mereka juga bagi komen yang membuatkan orang lain pun kena tengok filem ini,” katanya.

Movie Day Out

Bagi mereka yang belum lagi menonton filem ini mahupun tidak puas tonton pertama kali boleh datang ke acara ‘Movie Day Out’ yang diadakan di lokasi pawagam terpilih.

Menariknya, Mawi bersama pelakon-pelakon filem ini juga hadir sama menonton dan bertemu dengan penonton dengan lebih dekat.

Jom bersama Mawi dan pelakon filem Tiada Tajuk jam 8 malam ini.

Hari ini (16 April) Mawi bersama pelakonnya akan berada di pawagam TGV Wangsa Walk Mall jam 8 malam.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Awin (017-6772996) atau Amoi (010-3250626).

  • Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino