07/03/2021

FINAS Perjuang Rumah Mampu Milik Untuk Pengiat Seni

1 min read

Bagi golongan selebriti popular, memiliki rumah sendiri bukanlah isu tapi masih ramai sebenarnya artis yang tiada rumah sendiri.

Situasi ini lazim berlaku khususnya pada artis veteran yang terpaksa menyewa dan ada antara mereka gagal bayar sewa rumah sebab tiada pendapatan tetap.

Bagaimanapun, isu ini seharusnya diperjuangkan persatuan hiburan yang berfungsi menjaga kebajikan artis yang menjadi ahli mereka.

Berita baik buat penggiat seni apabila Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyatakan usaha untuk memberi peluang pada artis mempunyai rumah sendiri akan terus diperjuangkan.

https://www.instagram.com/p/BwPOjAHF6x-/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1w9qiyjdxm5mv

Menariknya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu melakukan perbincangan lebih lanjut mengenai perkara ini bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu status Ahmad Idham di Instagramnya, @ahmad_idham semalam, cadangan FINAS untuk mewujudkan Komuniti Perumahan Seni Harapan dan skim tersebut mendapat perhatian KPKT.

Moga impian ini berjaya dilaksanakan agar lebih ramai penggiat seni terbela nasib dan kebajikan mereka sekurangnya tidak hidup merempat.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *