04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Datuk Hans Isaac Kini Pengerusi FINAS

1 min read

Pengumuman pelantikan selebriti itu dibuat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyatan media hari ini.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, Hans menjalankan tugas itu bagi tempoh 2 tahun berkuatkuasa 8 April lalu.

Pelakon Baik Punya Cilok itu pernah menjadi ahli Lembaga Penasihat FINAS dan ahli lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada tahun 2012.

Kenyataan itu juga menyebut Hans juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia.

Jelasnya, pelantikan Hans berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang menjadi pemangku Pengerusi FINAS selama lebih empat bulan lalu.

https://www.instagram.com/p/BwEQU3Qgw3y/

Pada 14 Mac, pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS. (Baca lagi: “Menteri Sudah Beri Kepercayaan, Sekarang Saya Perlu Buktikan Untuk Buat Kerja” – Ahmad Idham)

Ini bermakna dua penggiat seni berpengalaman dalam bidang perfileman dilantik untuk menerajui agensi kerajaan itu selepas berdepan pelbagai isu membabitkan penyelewengan dana FINAS yang masih belum selesai.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.