04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Jangan Guna Lagi Touch ‘n Go Pada Kad Pengenalan!

1 min read

Mungkin sebelum ini penggunaan kad itu tidak memberi sebarang masalah.

Bagaimanapun, fungsi pada kad itu tidak boleh lagi digunakan sepenuhnya.

Menurut salah seorang jurutol di kaunter tambah nilai Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kad tersebut tidak lagi digunakan untuk transaksi bayaran di tol mahupun tambah nilai.

Admin sendiri pernah mencuba kad pengenalan sendiri yang masih mempunyai baki ‘top up’ sebelum ini tapi kad itu tidak boleh digunakan!

Pernah dalam satu kejadian ketika menggunakan kad pengenalan tersebut melalui tol dari plaza tol KLIA ke plaza tol Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Malangnya, ketika masuk di plaza tol KLIA, tiada maklumat tertera pada mesin elektronik di laluan tol berkenaan.

Apa yang mengejutkan, kad yang masih mempunyai baki sebanyak RM80 itu lesap begitu saja apabila palang tol di plaza tol Jalan Duta tidak dibuka!

Lebih malang, ketika jurutol menyemak baki kad itu lalu mengatakan nilai yang ada tidak mencukupi. Ini bermakna baki yang ada dalam kad sebelum ini hilang secara tiba-tiba.

Jurutol wanita itu memberitahu pengguna tidak dapat menyemak ‘transaction history’ pada kad pengenalan yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go.

Jadi, penyelesaian pada kejadian itu, admin terpaksa tambah nilai baru untuk keluar dari plaza tol tersebut.

Peringatan pada semua pemegang kad pengenalan yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go agar tidak menggunakan kad itu lagi untuk melalui plaza tol.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.