Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

Pemenang FiTA Wave Short Film Awards 2019 Bakal Dapat Geran FINAS

Buat filem pendek kemudian dijadikan filem cereka!

Ia mungkin dianggap angan-angan tapi tidak mustahil boleh menjadi kenyatan apabila anda mencuba nasib menyertai pertandingan FiTA Wave Short Film Awards 2019.

Menariknya, penyertaan terbuka pada seluruh rakyat Malaysia dan juga bermastautin di negara ini sama ada golongan profesional yang pernah menghasilkan filem pendek mahupun pelajar universiti serta pelajar sekolah.

Tiga kategori penyertaan iaitu pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti awam serta swasta. Syarat lain, peserta mestilah berusia 13 hingga 35 tahun.

Berpandukan tema ‘Imaging and Inspiring Malaysians through Life-Long Learning’, peserta dikehendaki menghantar filem pendek yang berdurasi tidak melebihi 10 minit. Ia perlu mengetengahkan keagungan warisan dan budaya yang ada di Malaysia.

Acara julung kali ini dianjurkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

1421C190-54CB-46FE-B806-573F761ABA1C

Dekan FiTA, Prof Datuk Dr A Razak Mohaideen berkata, pertandingan ini menyasarkan 200 penyertaan dalam kalangan peserta berbanding 46 penyertaan yang sudah diterima ketika ini.

“Ini dapat memberi peluang untuk kita melihat bagaimana idea kreatif diterjemahkan dalam bentuk filem pendek yang bakal dijadikan sebagai penyertaan yang sebenarnya sudah bermula sejak Disember lepas.

“Kita juga mengharapkan setiap sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan dapat menghantar penyertaan untuk dijadikan sebahagian daripada rujukan.

“Bahan-bahan yang diperoleh nanti atas penyertaan tersebut akan dijadikan satu platform yang boleh digunakan bagi menwar-warkan aspirasi Yayasan Hasanah, Jabatan Pengajian Tinggi di mana kita juga menekan tema-tema pembelajaran seumur hidup termasuk warisan, berkaitan alam sekitar dan sebagainya,” katanya pada sidang media acara tersebut di UiTM Shah Alam, Selangor, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Ir. Dr Mohd Azraai Kassim.

‘Hadiah’ Geran Filem Cereka

50ACD186-9C00-47F9-A7C9-DCC87B70EB6D

Sebagai penganjur bersama, Ahmad Idham turut memaklumkan salah seorang pemenang pertandingan ini akan dipilih untuk menerima geran filem cereka daripada FINAS.

“Saya akan melihat dalam Top 5 daripada senarai filem pendek ini diberikan pada FINAS. Geran ada cuma jumlah dana yang diberikan nanti belum spesifik lagi.

“Apa yang penting adalah bagi peluang pada anak muda untuk turut serta. FINAS harus banyak buka peluang pada di penggiat seni dalam mengangkat serta memartabatkan industri perfileman tempatan,” katanya.

D78F29CD-BA79-44E0-B678-72CABFA6299E

Sementara itu, Pengarah Penyertaan pertandingan ini, Dr Norman Yusoff pula berkata, tiada durasi minimum untuk pembikinan filem pendek ini. Malah, ia juga boleh dihasilkan menerusi pelbagai medium termasuk telefon pintar.

“Apa yang dilihat juri bukanlah semata-mata dari aspek teknikal bagaimana sesebuah video itu dihasilkan tapi cerita dan mesej yang mahu disampaikan berjaya atau tidak,” katanya.

9132B818-DDE0-460C-B0FB-1C25A55CAA09

Pemenang utama pertandingan ini bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, tempat kedua (RM5,000) dan ketiga (RM2,000) untuk setiap kategori penyertaan.

Hadiah wang tunai RM5,000 juga diberikan pada pemenang Anugerah Pilihan Khalayak bersama trofi dan sijil penghargaan.

– Kafebuzz.my

Foto: Kafebuzz & Instagram @finasmalaysia

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino