Mawi Haramkan Pelawak Buat Lawak Dalam Tiada Tajuk

Filem Tiada Tajuk terus jadi bualan ramai netizen di media sosial ketika ini apabila ia mula ditayangkan di pawagam sejak semalam.

Bagi Along Cham yang juga salah seorang pelakon utama filem ini mengakui berlakon dengan rakan baiknya itu memberikan pengalaman berbeza.

“Jujur cakap ramai pelawak tak suka berlakon di bawah arahannya sebab Mawi selagi bulu roma dia belum naik, dia takkan cakap ‘cut’.

“Walaupun kami pelawak, sesetengah pengarah memberi ruang untuk kami buat lawak tapi Mawi haramkan kami buat lawak dalam filem ini sebab dia beritahu penonton sekarang dah faham, tahu mana yang spontan dan buat-buat,” katanya.

ECBC9846-164D-482B-9D5A-491BF40AB2FB

Apa yang menarik ingin dikongsi Along adalah watak sebagai Kuswadi yang turut menonjolkan sikap lelaki lembut.

“Setiap kali Mawi panggil saya berlakon, dia akan ‘design’ karakter saya dulu untuk saya terima atau tidak cerita itu.

Cerita kali ini memang berat daripada kesinambungan telefilem Rock Sangkut. Watak saya sebagai Kuswadi biasa saja tapi bila diangkat kepada filem, Kuswadi ini diberikan roh kunyit di dalamnya.

”Saya pernah berjanji pada diri saya tidak akan bawa watak sebegini kerana netizen mahupun blogger sering mengatakan ia jalan mudah untuk bagi penonton gelak,” katanya.

mawi_alongcham3

Bagaimanapun, Mawi mengatakan padanya roh kunyit yang dibawanya adalah untuk berdakwah agar memberikan manfaat pada semua orang.

“Jadi saya ambil cabaran itu. Saya kagum sebagai antara orang yang rapat dengan Mawi, bermula di meja bulat depan rumahnya, dia berkata – “Suatu hari nanti aku nak ada filem sendiri”.

“Saya amat bangga dengan filemnya yang dapat memberi kesan yang baik pada penonton,” katanya.

mawi_alongcham2

Filem Tiada Tajuk ditayangkan di 100 pawagam di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*