Amira Othman Menangis Tengok Tiada Tajuk

Lazimnya setiap filem mesti ada heroin.

Tapi lain pula kisahnya dalam filem Tiada Tajuk yang hanya bersandarkan tiga pelakon utamanya, Hazama, Joey Daud dan Along Cham.

Persoalannya, apakah Mawi beranggapan filem pertamanya tidak perlu terlalu menonjol watak perempuan atau aksi pelakon lelaki lebih dominan untuk dipertontonkan pada khalayak.

Biar apapun tanggapan penonton, apa yang nyata Mawi tetap memberi peluang pada bakat baru, Amira Othman untuk turut serta membintangi filem komedi Islamik ini.

amiraa1

Ujar Amira, banyak benda yang dia belajar daripada Mawi dan selepas menonton durasi penuh filem itu pada acara malam gala baru-baru ini dia mengakui filem ini memberi kesan padanya sehingga berasa sangat sedih.

“Saya menangis tengok cerita ini sebenarnya sebab ia sangat dekat dengan saya sebagai anak seni. Kadang-kadang lupa, kadang-kadang hidup di dalam ‘famous’ dan juga duit.

“Jadi, ia memberi kesan dan banyak pengajaran pada saya,” katanya.

Dalam filem ini, Amira juga melakonkan babak dia membaca al-Quran dan dia berharap filem ini juga memberi kesan pada ramai penonton kelak.

amiraa2

– Kafebuzz.my

Foto: Instagram @amiraaothman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*