Last Updated: 16/05/2019 - 9:21 AM

Raihan Berhibur Dalam Disko Bersama Makcik-Makcik!

Populariti kumpulan nasyid terkenal, Raihan sememangnya tidak dapat disangkal.

Meskipun peredaran masa dengan kemunculan ramai bakat baru sehingga genre nasyid agak suram ketika ini, Raihan masih bertahan dan meneruskan karier muzik mereka.

Che Amran Idris yang merupakan salah seorang anggota Raihan memberitahu Kafebuzz, Raihan masih lagi aktif mengadakan persembahan pentas.

Terbaru, mereka bersama 300 peserta bertuah kini sedang mengikuti satu percutian dikenali Pelayaran Islamik ke Phuket. Pakej percutian tersebut berkonsepkan Forum Muzikal turut disertai bersama Ustaz Haslin Bollywood.

1AA485B4-21B4-4248-B323-26C5471BCFF0

Apa yang menarik perhatian, Raihan memilih untuk mengadakan persembahan dalam disko di atas kapal pelayaran mewah itu.

“Kelab malam di situ kami ‘take over’ untuk buat persembahan dalamnya. Jadi, kita ada makcik-makcik yang nak rasa masuk disko, mari… bersama Raihan halalkan,” katanya secara berseloroh.

Ujarnya, Raihan sememangnya membuat tempahan untuk mengadakan persembahan dalam pub tersebut dan penganjur tidak mempunyai masalah untuk memberi kebenaran.

Rombongan percutian istimewa selama 4 hari 3 malam itu berlabuh dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Phuket.

Gimik Buat Penonton Suka

ECBC9846-164D-482B-9D5A-491BF40AB2FB

Sementara itu, Che Amran yang ditemui ketika acara Malam Gala Filem Tiada Tajuk di Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini juga berpandangan Mawi mempunyai filem yang bagus bersifat positif untuk disampaikan pada penonton.

“Kandungan program hiburan yang positif boleh diperbanyakkan. Selama ini, kita asyik ada program hiburan semata-mata nak ‘happy’ sahaja tapi kosong.

“Sekarang banyak mesej dan ‘content’ yang bagus. Malah, masyarakat kita juga sudah ‘advanced’,” katanya.

filemtiadatajuk10

Secara peribadi, Che Amran berpandangan filem Mawi yang membawa genre komedi Islamik mampu meraih sambutan memberangsangkan daripada penonton apabila akan ditayangkan kepada umum pada 4 April ini.

“Jika dia ada ‘target market’ dengan gimik-gimik yang boleh buat penonton suka, ia tak mustahil untuk filem ini berjaya,” katanya.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino