Last Updated: 16/05/2019 - 9:21 AM

Saff One Kembali Bersama Jenuh, Inspirasi Lagu Opick

Jika ada yang beranggapan muzik nasyid tempatan sudah sepi sebaliknya Saff One masih terus berjuang.

Sejak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2000, mereka masih fokus pada perjuangan muzik nasyid sehingga terbaru, mereka muncul dengan single berjudul Jenuh.

Bagi Qhalid iaitu salah seorang anggota kumpulan ini memberitahu Kafebuz, lagu terbaharu kali ini dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada lagu popular Rapuh nyanyian Opick.

“Saya sebenarnya sangat terinspirasi dengan lagu Rapuh. Daripada situ, saya minta penulis lirik buat lagu lebih kurang macam Rapuh dan akhirnya muncul Jenuh. Konsep lagu ini tak macam Rapuh tapi penceritaan nak dapat ilham kita ambil daripada lagu tersebut,”katanya.

19D3AC2F-B424-4250-94D8-60C24B731451

Jelasnya,  lagu Jenuh ini menceritakan kisah seseorang yang jenuh sangat membuat dosa sehingga pada suatu masa datang satu detik untuk dia rasa berubah. Dalam pencariannya itu, seseorang terjumpa dengannya dan memberikan al-Quran dan daripada situ bermula perjalanan hidup barunya.

“Bagi saya, melodi kena betul-betul kuat kerana dari situ orang akan ambil dan akan ada penghayatan sebagainya. Daripada melodi pergi kepada lirik dan daripada lirik pula, kalau ada yang tak faham jika ada muzik video yang kuat, ia akan membantu pemahaman pada sesuatu lagu.

“Lagu ini diklasifikasikan berat juga tapi disampaikan dengan mudah,” katanya.

E3C0A92D-91ED-4DAE-939B-B44E6444FCA0

SaffOne sebelum ini tampil dengan lagu Syukur Dalam Redha pada tahun 2017 selepas itu fokus pada produk Koko Saff One manakala lagu Jenuh siap pada penghujung tahun 2018 sebelum dipasarkan pada tahun ini bersama muzik video.

“Kita cuba mengikut peredaran zaman, ‘taste’ mungkin mengikut zaman sekarang insha Allah dan visi kami memang nak pergi lebih jauh sehingga ke luar negara. Lagu ini juga diviral di media sosial sehingga ke Indonesia sejak berada di pasaran pada 8 Mac lalu.

“Saya suka ‘feel’ Rapuh lalu cuba sampaikan dalam Jenuh. Sampai tak sampai saya tak pasti,” katanya.

10540252-A53A-44CB-8DEC-7657F647457C

Rakannya, Fauzan pula berpandangan lirik lagu ini membawa unsur seni puitis.

”Ia lebih kepada melodi dan lirik saling bersatu. Maksudnya dari segi penerimaan pada generasi muda dan mereka yang otai yang berusia juga dapat tangkap apa yang ingin disampaikan.

“Jalan cerita mudah, ada bahagian yang puitis, sesuai untuk mereka yang suka berhalusinasi dengan lirik. Kami juga mahu mencuba genre berbeza seperti rap dalam single lain selepas ini tapi nasyid masih dikekalkan,” katanya.

Saff One ketika ini masih meneruskan aktiviti promosi mereka di pelbagai lokasi termasuk di pusat membeli belah.

Mereka akan mengadakan satu pertandingan nasyid bersama mini showcase di Evo Mall, Bandar Baru Bangi, Selangor pada bulan depan dan terbabit dalam program Buffet Ramadan di hotel Villa Istana Melaka selama sebulan nanti.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino