Tak Payah Ke Cappadocia, Datang Ke Putrajaya
1 min read
Teringin naik belon udara panas?
Tak perlu belanja beribu ringgit untuk pergi ke Cappadocia, Sepanyol semata-mata mahu merasai pengalaman menaiki belon udara panas.
Sebaliknya, sempena cuti sekolah ketika ini apa kata bawa anak-anak bercuti hanya di Putrajaya.
Menariknya, Putrajaya yang menjadi sering destinasi pilihan pelancong asing turut menawarkan peluang menaiki belon udara panas!
Menerusi acara Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Ke-10, ia kembali diadakan di Presint 2, Putrajaya pada tahun ini.
Acara ini bermula sejak semalam (28 Mac) hingga 31 Mac ini.
Ada 20 belon udara panas yang juga disertai peserta luar negara yang mengambil bahagian kali ini antaranya dari Sepanyol, Brazil, Jepun dan Amerika Syarikat.
– Kafebuzz.my