Macam Tak Percaya!!! Harga Tiket Filem Tiada Tajuk Hanya RM1

Memang lain macam penangan filem pertama Mawi.

Mula-mula penyanyi popular ini bertindak merahsiakan judul filemnya sehingga Tiada Tajuk diumumkan kepada khalayak.

Niat Mawi sebenarnya mahu menghargai peminat dengan mengadakan peraduan memberi judul filemnya itu.

 AF883630-C4B8-4897-925E-EA14F97F1B37

Sebagai ganjaran, peminat berpeluang menang hadiah lumayan berupa sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal dan pakej umrah serta pakej percutian ke Australia.

Kelmarin, Mawi berkesempatan mengadakan tayangan perdana filem Tiada Tajuk di e-Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

 10CB543F-89F0-4E80-B7DE-E31BADC011ED

Di sebalik tayangan untuk media dan tetamu jemputan pada malam itu, Mawi turut mengumumkan satu lagi berita gembira iaitu peminat berpeluang membeli tiket filemnya hanya pada harga RM1.

Jelas Mawi kepada Kafebuzz, memang benar dia mahu menjual tiket filemnya hanya RM1 kepada penonton.

“Saya akan umumkan tempatnya. Sebagai contoh jam 3 petang kami (pelakon) akan berada di sinema ini dan 100 penonton terawal yang datang, saya akan bagi tiket pada harga RM1,” katanya.

CBFD03E0-408B-4C2D-B34C-E5D125BCD2BA

Pesan penyampai radio Zayan ini lagi, peminat perlu ‘follow’ akaun Instagram @cahayaasmawi dan memuat turun aplikasi Mawi World di Google Playstore dan App Store untuk mengetahui pengumuman lokasi-lokasi tersebut.

“Kita buat secara ‘road tour’, esok kami akan turun kat mana dan peminat perlu ‘stand by’. Kami akan bagi tiket harga RM1 pada 100 peminat terawal.

“Cuma bayar pada saya RM1 saja dan pergi tengok wayang!,” katanya.

Ujarnya, setiap lokasi akan memberikan harga tiket RM1 pada 100 peminat bertuah.

CC8C20B9-4F79-432B-800B-7123F519370B

Bagaimanapun, Mawi tidak memberitahu jumlah pawagam yang bakal dikunjungi sebaliknya mahu membuat kejutan.

Berita baik juga pada semua peminat, Mawi akan hadir pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur jam 12 tengah hari esok (30 Mac).

Dia dijangka muncul dalam sesi ‘Artis dan Buku: Bersama-sama Mawi’ di Reruai DBP, Dewan Tun Razak 3, PWTC.

– Kafebuzz.my

Foto: IG @cahayaasmawi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*