Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Sentap Tak Dijemput Ke Malam Gala Filem Mawi, Itu Semua Percaturan Allah!

Kiamat sudah dekat, mustahil makin jauh!

Meremang tak dengar? Itu dialog watak yang dibawa Bo dalam filem terbaharu, Tiada Tajuk. (Baca lagi: [Eksklusif] Mawi Dedahkan Siapakah Watak Bo Yang Sebenarnya!)

Ketika ini, sudah tentu ramai peminat tidak sabar nak tonton filem pertama arahan Mawi ini yang bakal ditayangkan pada 4 April nanti.

E2C599BC-950C-4AEF-BCC2-4F5DC721B230

Lazimnya sebelum penonton tengok apa-apa filem terbaharu di pawagam, media terlebih dulu dijemput hadir pada majlis tayangan perdana atau malam gala filem tersebut.

Media terdiri daripada orang suratkhabar, TV dan kini portal adalah golongan profesional yang datang ke acara sedemikian kerana bertugas dan bukannya suka-suka.

Macam filem Tiada Tajuk, kebanyakan media juga dijemput. Mawi adalah penyanyi popular jadi sudah tentu nilai beritanya tinggi sebab ramai peminat nak baca cerita dia.

B422B8B2-7D4B-4010-AF6F-3793553464F1

Jadi, boleh dijangka jumlah media yang datang juga ramai. Bagi mereka yang tak tahu, acara tersebut bukan hanya untuk media tapi jemputan khas lain seperti Pak Menteri kalau ada termasuk rakan-rakan artis.

Sebab apa media , orang VIP dengan rakan artis diberi keutamaan? Mereka adalah tetamu yang memang dalam senarai jemputan majlis sebegitu.

Sedang Mawi sibuk buat persiapan untuk malam gala filem Tiada Tajuk esok, rupanya ada blogger yang sentap sebab tak dijemput ke majlis itu.

6348DC87-8AB4-4EA4-9250-A3A3B5F424D3

Untuk pengetahuan blogger dan pembaca Kafebuzz yang disayangi selalu, isu tak dijemput penganjur ini bukan cerita baru.

Ada wartawan media massa juga pernah tidak dijemput sebab mungkin jumlah jemputan terhad atau penganjur terlepas pandang.

Jadi apakah jalan penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini?

Bagi masyarakat Melayu, datang ke rumah orang tak dijemput adalah suatu perbuatan tidak elok apatah lagi dalam Islam sendiri, kalau makan nasi kenduri hukumnya haram!

Banyak lagi cara lain yang boleh media atau blogger buat jika ingin melaporkan sesuatu berita pada masyarakat tidak hanya bergantung pada malam gala semata-mata.

F907BAC9-387E-44FE-9422-23D1C71144B0

Mawi mungkin juga bersedih sehingga tak dapat tidur malam sebab ramai rakan artis mahupun media termasuk blogger tidak dapat dijemput kali ini.

Jangan sentap! cuba pandang sesuatu perkara atau kejadian dari aspek positif.

Mengapa kita perlu mengeluh atau mengutuk seseorang sebab kejadian sebegini sedangkan pencaturan Allah itu lebih tepat tidak kira masa atau tempat.

Mungkin Allah tidak mengizinkan individu itu untuk datang ke majlis gala Tiada Tajuk sebab ada perkara lain lebih mustahak yang bakal berlaku pada masa itu.

Jadi, pada mereka yang tidak dijemput jangan gelisah. Apa salahnya ajak mak ayah atau suadara mara atau kekasih tengok filem Tiada Tajuk di pawagam.

Bayar pun tiada jadi masalah asalkan kita dapat mengembirakan orang tersayang dan paling penting sebagai rakyat Malaysia terus menyokong filem tempatan.

Jangan sokong filem cetak rompak okay!

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino