Nak Jadi Huffaz Pun Boleh Belajar Di UiTM
1 min read
Pelajar tahfiz pun boleh sambung belajar di UiTM?
Tidak ramai yang tahu sebenarnya Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menawarkan program dikenali Plus Tahfiz UiTM kepada pelajar daripada golongan ini.
Menariknya, program pembelajaran selama 5 semester ini juga menyediakan asrama kepada pelajar.
Permohonan untuk menyertai program khusus ini sudah dibuka dan mereka yang berminat boleh memohon menerusi sistem UPU.
Program ini diwujudkan dengan visi melahirkan profesional Huffaz al-Quran sebagai Khayra Ummah di peringkat Malaysia dan antarabangsa.
UiTM juga ada menawarkan laluan khas untuk pelajar lepasan sekolah tahfiz bagi semua program yang ditawarkan di UiTM. @heauitm #ProgramPlusHafizUiTM#enrolenjoyexcel#UiTMdihatiku pic.twitter.com/2ONBBkkzyO
— UiTM Official (@uitmofficial) March 19, 2019
Jika suatu ketika dulu, UiTM yang dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM) dipandang rendah sebagai pusat pendidikan pilihan terakhir tapi kini alumni juga berbangga dengan kewujudan pelbagai program baru termasuk Plus Tahfiz UiTM.
Syabas UiTM sebagai pendukung ilmu untuk masyarakat Melayu dan Bumiputra.
– Kafebuzz.my