Selamat Datang INAC… FDAM Jadi Sekretariat

Persatuan hiburan banyak tapi macam tak wujud.

Mungkin itu tanggapan pada segelintir penggiat seni yang menjadi ahli persatuan hiburan tertentu.

Apa yang mereka dapat? sejauh mana persatuan dapat membantu dan memperjuangkan kebajikan ahli mereka terus dipersoal.

Lazimnya, persatuan hiburan yang ada hanya aktif dalam acara tertentu seperti mesyuarat agung tahunan (AGM), majlis berbuka puasa dan majlis Aidilfitri.

Bagaimanapun, kini satu lagi gabungan membabitkan penggiat seni diwujudkan iaitu dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Persatuan Mengenai Profesyen Dalam Industri Filem dan Kandungan Kreatif atau ‘InterAssociation Committee on Professions in Film and Creative Content Industry’ dengan nama ringkasnya, INAC.

Penubuhan jawatankuasa ini dilakukan selepas satu mesyuarat diadakan di Pusat Pembangunan Kelestarian Seni dan Budaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CiTRA-UIAM) pada bulan lalu.

“Telah dipersetujui bahawa satu bentuk permaufakatan di antara persatuan-persatuan yang mewakili pelbagai bidang pekerjaan dan kekaryawanan di dalam industri filem dan kandungan kreatif ditubuhkan,” menurut satu perkeliling pada ahli yang dikeluarkan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

Persatuan-persatuan yang menganggotai jawatankuasa INAC pada masa ini terdiri daripada PROFIMA, SENIMAN, MySC, PENULIS, ANIMASI dan FDAM.

Dalam kenyataan yang sama juga menyatakan tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini ialah untuk meningkatkan dialog¬†antara sesama persatuan, membina jaringan atau ‘engagement’ strategik di antara INAC dengan pihak kerajaan, badan penyiar dan pihak lain, mencari kata sepakat dalam perkara-perkara kepentingan bersama dan lain-lain.

FDAM telah dipersetujui menjadi sekreteriat dan penyelaras kepada permaufakatan ini.

Sudah tentu apa yang diharapkan penggiat seni agar sesuatu impak dapat dilihat hasil daripada gabungan persatuan-persatuan hiburan ini.

Moga hasil daripada INAC ini membuahkan hasil yang positif terhadap pembangunan industri hiburan tempatan seterusnya membantu penggiat seni menerusi pelbagai peluang baru.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*