Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

Menghitung Hari 4 April, Peminat Mawi Makin Geram

Hanya tinggal 17 hari saja lagi sebelum filem Tiada Tajuk menggegarkan pawagam!Bagi peminat Mawi mahupun penonton filem tempatan, naskhah sulung selebriti popular ini ditunggu-tunggu untuk tayangan kepada khalayak.

mawi_poster

Melihat pada perkembangan filem tempatan kebelakangan ini, tidak mustahil filem genre komedi Islamik kali ini mampu mencipta fenomena tersendiri seperti mana hebatnya gelombang Tsumawi atau Mawi World suatu ketika dulu.

Selepas filem lakonan utama Hazama, Along Cham dan Joey Daud ini dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac lalu, peminat mahupun penonton semakin rasa geram.

mawi_baju1

Bukan apa, Mawi tergamak meletakkan judul filemnya iaitu Tiada Tajuk yang rupanya memberi peluang pada peminat dan penonton untuk menang pelbagai hadiah lumayan seperti kereta Perodua Bezza, motosikal Yamaha Y15 dan paling menarik, pakej umrah dan percutian untuk dua orang ke Australia!

Tindakan Mawi itu membuatkan peminat dan penonton tidak sabar untuk menonton dan kemudian menyertai peraduan filem itu dengan cara memuat turun aplikasi Mawi World.

hadiah1

Bukan itu saja, peminat juga geram bila Mawi bersama barisan pelakon filem ini termasuk rakan penyampainya di Zayan, Anas Tahir cukup bergaya dengan baju T filem ini.

Tampil dengan corak poster filem yang dicetak pada baju T eksklusif ini, sebenarnya cenderamata ini dijual pada peminat dan penonton.

Jangan risau sebab stok masih banyak dan cara membeli cukup mudah dengan hanya menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp di nombor telefon bimbit, 018-2454689.

Apa kata beli baju T eksklusif ini sambil pergi menonton filem Tiada Tajuk di pawagam pada 4 April ini dan mungkin ia membawa tuah pada anda untuk menang hadiah hebat tersebut.

Dah beli baju T filem Tiada Tajuk jangan geram lagi okay!

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino