ASPAA Sokong Belanjawanku Untuk Manfaat Alumni
1 min read
Persatuan Alumni Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM Se-Malaysia (ASPAA) merasakan Belanjawanku sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat terutamanya alumni Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Presiden ASPAA, Dr Suhaimi Hj Abd Samad merangkap Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, FSPPP bersama Setiausaha Agungnya, Wan Muhammad Hasif yang memenuhi jemputan menerusi FSPPP hadir ke Majlis Pelancaran “Belanjawanku” di Pusat Pembelajaran KWSP, Kajang, Selangor baru-baru ini.
Program anjuran KWSP dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) ini disempurnakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Belanjawanku merupakan satu inisiatif yangg terhasil daripada penyelidikan dan inovasi KWSP dan SWRC yang beraspirasi menyediakan satu garis panduan dan pedoman kepada masyarakat terutamanya golongan muda.
Sekalipun ianya lebih menumpukan suasana semasa di Lembah Klang tetapi ianya tetap bersesuaian untuk diaplikasikan di mana jua.
Belanjawanku bukanlah panduan yg mesti dipatuhi secara mutlak sebaliknya, berupaya menjadi pedoman untuk perancangan kewangan yang lebih bersistematik serta rasional bagi kesejahteraan sosial individu mahupun isirumah.
– Kafebuzz.my