Tidur Hanya 4 Jam, Filem Tiada Tajuk Masih Belum Siap!
1 min read
Nampak gah bila filem sendiri ditayangkan di pawagam.
Namun, ia tidaklah semudah disangka. Bagi selebriti popular, Mawi juga mempunyai tanggapan awal buat filem hanyalah biasa-biasa sahaja.
Sebaliknya, apabila dia sendiri melakukan penggambaran filem ini pada Februari tahun lalu nyata, cabaran yang digalas begitu besar sehingga hanya tidur 4 jam sehari.
“Kerja gila apa aku dah buat ni?,” katanya pada diri sendiri.
Apa yang paling mencabar buat penyampai radio Zayan ini adalah sehingga kini filemnya masih belum siap meskipun hanya menghitung hari tayangan pada 4 April depan.
“Terima kasih pada semua yang banyak ‘support’ aku. Aku akan cuba buat yang paling maksimum.
“Terus berperang hingga tarikh tayangan. Selebihnya aku tawakal dan redha,” katanya menerusi status di Instagramnya, @cahayaasmawi, hari ini.
Sementara itu, Mawi bersama barisan pelakon filem Tiada Tajuk bakal muncul di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor hari ini jam 5 petang untuk acara promosi mereka.
– Kafebuzz.my