“Menteri Sudah Beri Kepercayaan, Sekarang Saya Perlu Buktikan Untuk Buat Kerja” – Ahmad Idham

Industri perfileman tempatan menerima berita gembira.

Penggiat seni berpengalaman, Ahmad Idham Ahmad Nadzri diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pelantikan itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan media, semalam.

Pengarah filem popular, Hantu Bonceng itu menggalas tanggungjawab tersebut selama 2 tahun berkuatkuasa 11 Mac lalu.

gobind_finas

Ahmad Idham ketika dihubungi Kafebuzz memberitahu pelantikannya itu menjadi satu sejarah pada industri perfileman tempatan sendiri apabila tanggungjawab itu buat kali pertama diberikan pada penggiat seni tanah air.

“Saya tidak nafikan harapan dan kredibiliti yang tinggi diperlukan untuk menggalas tugas ini. Saya kini membawa amanah anak seni di luar sana.

“Menteri sudah memberi kepercayaan pada saya dan sekarang saya perlu buktikan untuk buat kerja,” katanya.

Jelasnya, beliau berusaha memberi fokus pada aspek pembangunan industri perfileman dengan memberi lebih banyak peluang dan memartabatkan bakat seni tempatan.

“Perlaksanaan ini mempunyai fasa-fasa. Apa yang perlu dilakukan adalah memperkasakan industri perfileman.

“Kebajikan penggiat seni perlu dilihat semula kerana sebelum ini Menteri banyak didatangi wakil persatuan yang mengadu kebajikan ahli mereka tidak dibela,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*