Mawi ‘Belanja’ Babak Kena Buang Filem Tiada Tajuk

Bagi seorang pengarah tentunya puas apabila melihat filem arahannya siap untuk ditayangkan kepada umum.

Puas bukan bermaksud terlalu berpuas hati tapi berjaya menyiapkan karya yang melalui bermacam liku.

Perasaan itu dikongsi penyanyi popular, Mawi yang semakin berdebar menantikan filemnya, Tiada Tajuk bakal ditayangkan pada 4 April ini.

Apakah sebenarnya mesej yang mahu disampaikan Mawi kepada penonton kelak?

ECBC9846-164D-482B-9D5A-491BF40AB2FB

Meskipun belum lagi ditayangkan, Mawi sanggup ‘belanja’ peminat dan penonton dengan babak dalam filem terbaharunya itu.

Menariknya, babak yang dikongsi adalah babak yang terpaksa dibuang bermaksud ia tidak ada dalam filem ini di pawagam.

Merujuk pada babak 21, Mawi menyatakan babak tersebut merujuk pada tiga sahabat iaitu Abadi, Kuswadi dan Rumi yang sedang lapar dan sangat dahaga.

Nak dijadikan cerita, mereka sanggup ambil apa saja yang ada di depan mata.

Akui Mawi, dia memang sayang pada babak itu tapi terpaksa dibuang kerana masalah yang tidak dapat diceritakan menerusi status di media sosialnya.

Penyampai radio Zayan ini juga memohon maaf pada pelakon watak itu, Hazama, Joey Daud dan semua kru yang terbabit dalam pembikinan babak ini.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*