Rupanya Pelanggan Boleh Tidak Perlu Bayar Macam Apa Yang Dilakukan Dain Said

Selama ini ramai yang mungkin pernah menjadi mangsa.

Makan di restoran yang mengenakan caj perkhidmatan untuk premis makanan mereka tapi malangnya layanan yang diberikan tidak memuaskan.

Pengarah filem Dukun, Dain Said berkongsi pengalamannya ketika di luar negara, rupanya pelanggan boleh tidak membayar caj perkhidmatan tersebut.

Caranya pelanggan itu sendiri memberitahu pada pihak restoran itu agar tidak mahu membayar caj perkhidmatan yang dikenakan kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Dain memberi komen terhadap status Facebook rakannya, Iesta Tiptra, hari ini.

DAE25D03-BB18-4DBE-A96F-EE6994157460

Ia suatu perkongsian yang berguna pada sesiapa saja yang menjadi pelanggan restoran.

Jadilah pelanggan yang bijak tanpa diperdaya premis makanan yang cuba mengambil kesempatan.

– Kafebuzz.my

Foto: Facebook – Dain Said

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*