Last Updated: 16/05/2019 - 9:21 AM

Pernah Jadi Pelakon Seksi, Wilma Muhammad Komen Isu Selebriti Buka Tudung

Sudah lama tidak dengar khabar pelakon seksi, Wilma Muhammad.

Filem Ghazal Untuk Rabiah yang pernah ditayangkan pada tahun 1997 menjadi karya yang mengangkat Wilma sebagai pelakon utama yang ketika itu bergandingan dengan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Kini, Wilma yang masih cantik dan anggun berhijab sudah kembali berlakon selepas menyepikan diri daripada dunia seni.

D21C16B3-7B90-4ECE-BDA8-E2653B488833

Jelasnya, dia berhenti berlakon selepas mengambil keputusan berkahwin dan kemudian berhijab. Pada masa itu dia mahu memberikan sepenuh perhatian pada keluarga.

“Ada ditawarkan watak ibu tetapi mereka (produksi) dah tahu saya bertudung tidak suruh buka tudung,” katanya ketika ditemubual Lin Ariffin di Zayan, hari ini.

CFB604AE-846E-4158-A1A9-65348F7CFEB6

Akuinya, dia tidak sepenuhnya muslimah yang menutup aurat tapi sentiasa berdoa pada setiap hari untuk menjadi muslimah yang diredai Allah.

“Sekarang dengar selebriti buka tudung tapi sebenarnya banyak benda lagi kita boleh cakap seperti menjadi muslim yang sejati, bukan saja penampilan kita tapi ia bermula dari hati.

“Kalau tak dapat ‘fully covered’ takpe kita belajar lagi,” katanya.

87AF8DA7-41B7-437B-94C9-6B99BE0408FD

Tambahnya, dia mempunyai adik beradik lelaki yang alim termasuk terbabit dalam tabligh.

“Cara dia (abang) menasihati saya sangat lembut buat saya tertarik dan senang hati pakai tudung. Dia tidak pernah hina, masa saya tengah seksi, dia masih kuat agama,” katanya.

18FB624A-048B-400B-B2A7-5E3DD5929F8F

Wilma memberitahu wanita yang ingin berubah perlu mendapat sokongan daripada keluarga.

“Dalam istiqomah belajar agama perlu mendapat sokongan daripada keluarga. Masyarakat jangan mencaci kalau kita kekurangan sesuatu,” katanya.

– Kafebuzz.my

Foto: IG @zayan.my & @wilmamuhammad

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino