Last Updated: 16/05/2019 - 9:21 AM

Bukan Setakat Ketawa, Mawi Ajak Penonton Ingat Mati

Sebut saja sudah menyeramkan apatah lagi ia dijadikan babak dalam filem.

Persoalannya berapa ramai dalam kalangan kita ingat mati?

Mungkin ramai yang sukar untuk menjawab persoalan itu secara jujur tapi nampaknya filem terbaharu, Tiada Tajuk arahan Mawi mengajak penonton untuk bersama-sama ingat mati.

99017D49-A61A-48DD-9569-9CFBD1C57735

Bagi sesiapa yang sudah menonton trailer filem ini pasti perasan ada babak di mana tiga pelakon utamanya iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud terpaksa berlakon sebagai jenazah untuk mempromosikan produk perkhidmatan jenazah.

Rupanya tujuan Mawi untuk menyelitkan babak tersebut bukan sekadar hiburan kepada penonton semata-mata.

0FD2A3F4-37CE-4DA3-974E-AED481E65DFA

Sebaliknya, penyampai radio Zayan ini juga adalah duta produk perkhidmatan pengurusan jenazah iaitu M-Jannah.

Produk bukan kewangan berbentuk keahlian ini dibangunkan dengan kerjasama Bank Muamalat dengan syarikat pengurusan jenazah dan harta pusaka, Bumijez Sdn Bhd (Bumijez).

4F63E8C8-C462-40BC-82C3-13BB65D4FFEA

Menariknya, keahlian M-Jannah bermula pada harga serendah RM59 setahun tidak hanya menyediakan pengurusan jenazah lengkap bernilai RM1,500 tapi turut disertakan dengan zikir tahlil, khatam al-Quran dan wang khairat sebanyak RM1,500 kepada waris.

Pilihan pakej pula merangkumi kategori pasangan suami isteri, anak-anak dan warga emas selain manfaat tambahan termasuk penyedian batu nesan, pusara serta khidmat badal haji.

637094C2-47EA-4734-957C-20184E09881F

Selaku duta produk tersebut, Mawi memberitahu dia sudah lama merancang mahu memperkenalkan produk seumpamanya untuk orang ramai sehingga ia menjadi kenyataan bersama Bumijez dan Bank Mualamat.

“Insha Allah kalau niat baik, jalan betul akan dipermudahkan. Setahun kemudian saya dipertemukan dengan Bumijez.

“Mereka beritahu saya, mereka ada produk Darul Jenazah dan pengurusan harta pusaka. Kita tolong dan menyedarkan orang ramai bahawa kematian itu pasti dan bersediakah kita?,” katanya pada majlis Setahun Bersama M-Jannah di Putrajaya, baru-baru ini.

8E161F28-E545-4EB3-B93F-E5F2CE480D8E

Pada majlis tersebut, Mawi turut mempromosikan filem Tiada Tajuk sambil mengajak orang ramai untuk ke pawagam memberi sokongan pada filem tempatan.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino